Tuesday, February 17, 2009

The Woods bermandi-mandian

Story last week...aku and in laws semua dah lama bercadang-cadang nak pergi mandi. Dah kalau jiwa mesra alam hasruslah nak cari sungai @ laut jugak. Memandangkan hari minggu, aku tidak gemar ke laut sebab mesti orang ramai...eee tak suka.



Sudahnya putus mau pergi Ulu Yam sajok...kisahnya orang jua adalah ramai...ada yang bawak family, bawak makwe...di celah-celah semua ada orang..oppsss...hehe...disebabkan kami bawak budak-budak, maka terus aja nyah dari situ kerana pemandangan tak elok.



Jalan-jalan lagi sampai ke atas bukit nun...sikit lagi nak ke Genting Highlands. Tempatnya tak ramai sangat orang. Cool Je...namanya ialah The Woods. Still area Ulu Yam jugak. Masuk kena bayar seorang RM2 kecuali budak kecik. Patutlah tak ramai orang nyah.






Kawasan nya cantekkkkkkkk...tapi bersebalahan dengan tempat Paintball...tengah-tengah mandi dengar orang training menembak...sekali cisss...kena baju anak aku yang di letak atas batu...habiss kena warna oren...yang best basuh takmo keluar...berani korang!! Aku tuntut ganti rugi...


tapi memandangkan aku ni seorang yang baik hati lagi lemah lembut...aku maafkan korang sebab teruja tengok menatang ke senapang ke....rasa nak pinjam je...hahaha





Batu tu semua, we olls yang gigih susun supaya kedalaman air mencapai tahap piawaian yang we olls mahukan


Sungguh teruja nak mandi sampai tak bawak makanan...apa kes? Dah sah-sah lepas mandi kelaparan tahap langit ketujuh punya. Sib baik mak beli roti. Walaupon sikit janji ado nak cover perut ni haa...Tapi aku ada nasik!! Riakk sekajap...nasik se-polisterin makan ramai-ramai konsepnya. Lagii la tak cukup

Aleef adalah over, takmo naik...yang aku dah tukar baju malas nak mandi...sejukkk. Aleef pulak nak mandi lagi lagi lagi...sampai biru bibir kaki tangan semua. sekali abah nyakat dia. Bawak gi mandi dan kasik selam kan Aleef dalam air...wahaha sian dia..tapi dia suka kau...bertuah punya budak.



Malas nak layan, angkat dia jugak...tukar baju dan pulang. Misi untuk cari kedai makan sebab lapar sangat semuanya. Lepas berhenti dekat Selayang makan cepat-cepat dan masing-masing membawa hala tuju. Aku dan family balik ke BBS, in law balik ke BTP. Memandangkan esok kerja maka tak dapat la aku bermalam di BTP. Tak koser mak nyah nak harung jamm pagi-pagi esok...

Keesokkan pagi...semua gatal-gatal...emmmm moskel moskel

Tuesday, February 10, 2009

Kelip Kelip @ Kg.Kuantan

Seumur hidup aku, memang tak pernah langsung tengok KELIP-KELIP...

Apabila dah stay kat BTP...adalah dekat dengan Kuala Selangor. Perjalanan dalam 15 minit je. So boleh lah aku pergi tengok kelip-kelip kekdahnya.



Semangat adalah sangat membara nak tengok kelip-kelip ni. So aku and family pon sepakat pergi malam tu. Sesampai di tempat kejadian, orang adalah ramai. Tempat nya gelap gelita, cuma ada lampu jalan sahaja. Wahhh tak boleh jadi. Laju ju menonong masuk.

Setiba di pondon, mak haih..ramainya orang!! sangat!! beratur pusing-pusing kau. semua nak tengok kelip-kelip.
Untuk meneruskan aktiviti itu, kena naik sampan...satu sampan hanya muat 5 orang saja + tukang kayuh dan bayaran nya adalah RM10 seorang. Melalui jalan sungai yang gelap gelita ke seberang sana...scary okey.
So aku pon tengok je lah dari kejauhan. Takkan la gila nak bawak anak naik sampan malam-malam buta tu pulak kan. Pastu air sungai tu tenang je...hohoho jangan okey jangan. Kalau sorang aku naik...selamber je...wa no hal
At last kami hanya melepak di tebing tengok ada 1 pokok tu peeeenuh dengan kelip-kelip..owhhh sangat cantek!! Teruja kejap. Tapi kata anak buah aku...
Ala...macam ni je?? Macam pokok krismas...
Sekian.
Jangan di tanya gambar kelip-kelip. Kamera aku tak canggih..waaa




Yelah dik, habis awak nak kelip-kelip tu buat apa...joget2 depan orang...hehhe..tension je anak buah aku tu.

Monday, February 9, 2009

Inai di jari...cantikk



Inai ini adalah pemberian En. WM sempena pemergian beliau ke Tanah Suci last month. Ada juga segala jenis kacang ke manisan beliau bagi tapi aku dah makan. Tak sempat nak snap gambar.

Ada orang tak suka pakai inai...kata mereka tak vogue la, tak uptodate la, kampung la...lalala
apa pun tanggapan mereka, mak tak kisah nyah...mak okey je.

Dah sampai ke tangan aku lama pon cuma tak berkesempatan nak pakai. Tapi opismate semua dah taruk...kat tangan, kaki, rambut...hahh semua nak letak...aku cuma test2 je letak kat tangan sebelah kiri...buat pon time office...hehhe. Tangan kanan nak wat keje so tak boleh pakai

Ini lah hasilnya...taraaaaaaaa!!!

Cantik kan...aku suke.




Kalau tak silap, inai ni ada jual kat Mydin. Tapi tak pernah pon aku beli cuma akak2 kat office ni je suka nau pakai inai...jaga kuku katanya...sukatilah. Tapi aku ni kan suri rumah tangga...haruslah balik memasak...hilang warna inai tu..sekejap je tahan. hehe
Google