Thursday, May 28, 2009

MIGRAINE!!

Tajuknya pon dah pening kan. Tapi bukan aku yang migraine. Hubby. Sian dia dari pagi menyampai ke malam tak hilang-hilang migraine dia. Kalau la boleh cabut kepala tu dan letak kat sebelah, maunya aku tolong buatkan. Berselirat urat keluar kat kepala. Menakutkan.

Dari ubat tahan sakit, try pulak minyak angin, tak boleh jalan guna plak minyak afiat sapu kat perut, minyak mustajab, ubat tahan sakit…last skali air energy. Semua tak boleh blah…sakit nya masih seperti itu.

Kesian kan bila kena migraine. Aku pon baru je lepas kena migraine. Tapi tidak seteruk itu. Sesungguhnya nasib kita adalah berbeza kan. Bahagian masing-masing. Sapa yang takde migraine, bersyukurlah korang. Sebab bila dah kena sangat la tak tertanggung.

Seingat aku time bujang dulu tak pernah sekalipon aku dilanda migraine @ sakit kepala melampau sampai muntah. Yang aku notice, pas bersalin ni menjadi-jadi sakit kepala sampai lah jadi tahap migraine. Emm kenapa jadi camtu yek?? Aku redha je lah.

Camana nak ubat migraine yer? Kalau korang tau sudi-sudilah share ngan aku.

Round PD, Melaka, Rembau, KL

Hohh kelakar seram okey Ahad lepas. Memang aku round Selatan namanya. Seawal jam 10.30 pagi kami bergerak ke Selatan. Hubby merempit dengan laju dan sekejapan sudah sampai di PD…hehhe

Ada misi Seminar Usahawan di Ilham Resort, Batu 10 Port Dickson anjuran SASSB. Seminar ni start hari Sabtu. Tempat ni cantik. Aman dan damai. Belongs to PNB. Aku pergi je tapi tak join pon. Melepak kat luar je. Tak senonoh kan. Tapi tak baik pulak sampai pun majlis dah nak abis. Alang-alang lambat, jangan tunjuk muka langsung.

Sementara tunggu member lain, plan asal nak makan di Ilham sajok. Malas nak keluar. Sudahnya, member lain kata memasing sakit perut kena food poisoning. Ohh aku tak berani nak try kat situ.

Maka kami pergi terjah saja Restoran Ashraff . Bersebelahan dengan Politeknik PD. Masakan nya adalah kurang. Disebabkan tiada pilihan ku telan jua.

Habis makan, lepak kejap kat apa benda ntah nama tempat tu, tunggu Bob dan lain-lain. Misi seterusnya nak pergi kenduri kawan baik aku, Zana di Melaka.

Kisahnya aku kan memang tak tau jalan kat sana, terpaksa mintak tolong Nizam hantarkan sampai ke Masjid Tanah. Laju nak mampus bawak Toyota Caldina dia tu. Bob ngan Nissan Fairlady nya. Tertinggal aku kat belakang. Sampai terpaksa call dorang cakap “Wey slow la…tau la keter korang laju”…aduyaii sedih mak. Sampai hati mereka mempermainkan perasaan aku. Takpe korang tengok la nanti lepas ni semua aku tinggal...hoh berlagak di situ.

Rupa paras Toyota Caldina & Nissan Fairlady

Setiba di simpang masuk ke tempat kejadian, tinggal aku+hubby+aleef ngan Bob+Ina je. Nizam ngan wife dia dah gerak ke tempat lain ada hal katanya.Sampai rumah pengantin lam kul 3 petang gitu. Biasalah kalau kenduri kat kampung-kampung ni mula awal, habis pon awal la. Aku sampai orang dah tinggal sorang dua je. Sampai terus makan, pastu bergambar sekeping dua dan kami pon membelahkan diri. Cepatkan. Datang dari jauh sudahnya tak sampai satu jam kami di situ.

Misi seterusnya, pergi rumah Bob di Rembau. Rembau adalah kampong ayahku dan sedara-mara jua. Tapi tak singgah pon rumah sesapa. Kemalasan di situ. Tunggu mama jugak kalau nak pergi. Hehehe…Eh tapi, ada tapi. Ayah aku bukan orang Rembau tapi kampong dia saja kat situ. Kau paham taka pa maksud aku? Tak paham sudah. Hahaha….

Sepanjang jalan dari Melaka ke Rembau, Aleef telah termuntah-muntah tanpa henti. Kesian dia. Lembik jadinya. Mungkin tak sedap perut agaknya.

Sampai di rumah Bob, Aleef still muntah lagi dan lagi dan lagi. Habis rumah orang kau. Sib baik dia tak minum susu sebelum tu. Kalau tak maunya bau muntah kat rumah orang. Sib mak dia baik. Baik sangat. Tak sudah-sudah aku kata

“Sorry makcik sorry…saya kotorkan umah makcik”…

“Takpo eh…makcik pon ado cucu yo..biaso la tu…tepi makcik lapkan…”

Hee aku tak tau nak cakap apa, angkat Aleef gi toilet. Mekaseh makcik.

Makcik siap hidang sukun goreng, aku makan…kek sempena hari ibu, aku makan. Ado lagi, makcik siap kasik ubat muntah untuk Aleef dan buah kuini, kawan mangga untuk bawak balik. Ememe saya malu la….

Untuk mengelakkan Aleef terus muntah, kami mahu segera pulang. Dalam kereta, sepanjang jalan dari Rembau ke BBS, Aleef muntah tak henti. Muntah air je. Kesian sangat dia. Lembik sangat-sangat. Semua pon takmau. Kalau tak dia lah hero tak reti duduk diam.

Wednesday, May 27, 2009

The Monsters & Dinosaurs LIVE in KL

Oh sekian yer, entry ni sangat lemb...pameran dah lama habis aku baru terhegeh-hegeh nak cerita. Standard la apabila roh malas dah masuk...berbulan-bulan pon mood nak update tak mari.

Kau dah pergi? Aku dah *muka berlagak*.

Bertempat di Mid Valley Megamall from 18th April sampai 17th May 2009. Tiket masuk ialah RM12.00 untuk dewasa dan RM8.00 untuk kanak-kanak. Tapi takat baya anak aku tu kira FREE yer.

Tengok Iklan cam bagus sangat yer anak-anak. Maka semangat kami sekeluarga untuk pergi adalah berkobar-kobar.


Setibanya aku di sana, orang adalah sedikit. Sangat lengang. Tapi semua nya adalah indah khabar dari rupa sahaja. Hatiku sangat kecewa dengan apa yang aku lihat. Oh beginikah rupanya. Emm okey aku redha. Aku cuba untuk menjadi manusia yang bersyukur. Sekurang-kurangnya aku dah masuk tengok dinosaur walaupun cam tut…..

Mula-mula entrance ko akan nampak semua gergasi. Semut, labah-labah, belalang, beberapa ekor dinasour yang mana memang aku tak tahu nak tulis nama pelik mereka itu. Yang aku kenal ialah TRex sahaja. Tarantula dan adalah beberapa permainan ala-ala sains dan pameran rama-rama, insects, robot dll.

Mr. Trex

Seingat aku, adalah 50 kali ganda kuasa kuda hebat nya Taman Dinasour di Genting Highlands daripada pameran di situ.


Permainan robot
Aleef tak habis-habis dok main benda alah ni...
Takpelah nok. Kau nak tengok hebat-hebat sangat pon sila sedar diri yer. Bayar pon Cuma RM12.00 jadi berbaloi la. Yang hebat tu kena bayar paling koman pon berpuluh jugak.

Apa pun, Aleef dah tengok dinasour. Tapi dia langsung tak heran dengan dinasour tu. Takut pon tidak. Sabau je la. Dan aku buat muka bosan dalam tu. Hehehe

Tuesday, May 5, 2009

Seminar Ilmu Hayat

*Entry aku adalah tiada gambar semuanya. Sila salahkan blogger yer. Tak boleh upload. Jangan salahkan aku. *

Habis main je lebih kurang lam 2.45 gitu, terus zasss ke Wisma Chinese Chamber di Jalan Ampang untuk seminar ilmu hayat.

Yelah seminar itu sangat berguna tau. Untuk menimba ilmu sudah pasti, mengeratkan sillaturrahim dan apa yang penting?? Kerjasama………….

Setiba nya aku seminar sudah berada di hujung tanduk *apakah betul ayat itu??*…dah nak habis…tinggal 3 orang speaker untuk motivasi diri. Haih biasalah aku dengan Aleef kan….bukan seminar dah jadinya. Sibuk mengejar dia ke hulu ke hilir…patutlah kurus mak kau ni Aleef.

Kejap orang ni dukung dia, kejap orang tu dukung dia….melilau aku mencari anak sendiri. Saspen ahkak kejap….

Diikuti dengan lucky draw dan diakhiri dengan jamuan makan. Lebih kurang kul 7 malam selesai semuanya. Tapi aku advance sket, dah la datang lambat…terus gi makan…hehehe tak senonoh tau. Sila jangan tiru.

Aktiviti wajib lepas seminar adalah sesi merehatkan diri atau pon berborak melepak di restoran-restoran yang berdekatan. Sambil sibuk bersalam-salaman ngan member lain tetiba dengar satu announcement dari En.Lobo, katanya “Semua kawan-kawan, hari ini MYH belanja kita semua makan kat Rampai”…woooo semua bersorak tepuk tangan.

MYH?? Suami aku?? Apakah…ooo sungguh kejam En.Lobo itu menuduh hubby aku suh belanja. Kot seploh orang logic jugak…dekat 100 orang ah…iskkk koser tau. Saje nak sabotaj hubby aku. Ngada-ngada.

Ohh gurauan semata. Sebab kisahnya hubby yang ajak dorang makan kat Rampai. Tempat baru la mesti nak cuba. Alah restoran mamak biasa je. We olls memang familiar kat Rampai itu, maklumlah umah mak aku kat situ…hehehe memang every weekend we olls lepak sana.

Itu restoran baru. Tempat pon baru. Rampai Business Park namanya. Memang kedai dia the only one yang bukak buat masa ni. Tapi aku dah nampak banyak kain rentang Restoran Ali Maju la…Said la ntah apa-apa banyak nak bukak. Papparich ado, Island Red CafĂ©…huhhh mesti havoc nanti kat situ.

Tapia pa yang penting?? Servis…kau punya servis memang out!! Makanan pon out!! Yennadeii patutlah takde orang. Habis tu kan…*sesi mengumpat bermula*…aku ni promote la kawan-kawan 369 aku gi lepak sana…bukan kau nak terima kasih. Boleh la bantai nak mengamuk. Maklumlah selalu kedai ada 2 3 ketul je orang. Tetiba penuh,
Terus tak keruan. Orang order nasi lemak ko hantar nasi goreng. Aku yang tak order tetiba muncul meggi goreng…apakah?? hah pening. Pastu bila sapa order semua geleng kan….tuan kedai tu dah mengamuk.

Maka terjadilah aksi sound-sound dan berbalas pantun 4 kerat…aku adalah amat tak suke apabila tuan kedai buat muka. Apa pun yang kami katakan, kau mesti ingat tuan kedai “Customer always right!!”….Memang betul la orang order 1 kau hantar 5 sapa suruh. Main kotor yeh.

Aleef telah ketiduran kepenatan. Yang lain semuanya tengah berborak-borak. Aku yang Cuma order Limau Barli Ais terus menikmati sehingga ke titisan terakhir .Yang ni boleh kasik 5 bintang. Sedap Power!!...

Tepat jam 9.00, aku sudah hilang tenaga. Mau pulang, mandi dan tidur….alangkah bahagia nya…zzzzzzzzzz sekian.

Bowling Tournament Kami @ The Mines Wonder Bowl

Ingat kan, last Saturday (18th April 2009) aku ada Bowling Tournament dekat The Mines Wonder Bowl. My last entry said, semuanya ada 3 batch kan. Pembetulan…ada 4 batch sebenarnya. Aku adalah player untuk batch ke-3. Nama group aku BLUE HYPPO. Iaitu Azli, Awie, En.Hamid dan Xyra. Walaupon aku tak pasti apakah motipnya nama hyppo itu sebab aku bukan sama sekali yang hyppo kan…hehehe…

Game aku start pada pukul 1.00…awal-awal lagi sang team leader telah memberitahu sila datang awal okey. At least setangah jam sebelum game bermula. Sudahnya, aku memang suka berlengah-lengah kan…pukul 12.30 baru gerak dari BBS. Kelam kabut laa…

Hubby kata :

H : Rilex ar yang, susah-susah call je dorang kalau lambat sangat tak payah main la
Aku : Mana boleh camtu…tak cukup corum kira disqualified laa
H: Alamak ye ke…
Aku : ye sangat…nanti satu group tak leh main masalah nya….cuba imagine…penat-penat training pastu tak leh main sebab kita lambat

Sudahnya, hubby jadi F1 driver….laju tak ingat okey…sib baik tak jamm. Sampai the Mines lam 12.50 gitu…tak boleh blah betul. Game start kul 1…makna nya aku ada 10 minit lagi…

Kisahnya kan…memang drama sungguh, hubby drop aku kat Capital ape ntah nama shopping complex tu, just next to The Mines, then hubby gi parked kat Mines Convention Centre….tapi kisahnya aku adalah sesat di situ. Pusing punye pusing tak jumpa jalan keluar…adoiii…5 minit telah berlalu..goshhh
Aku dah panic tau….cal hubby berkali-kali kata “Abg yang sesat!! Tak tau kat mana…”

Sudahnya aku turun ke basement….cari arah dari basement…Betul2 blur…dah lambat sesat lak tu…padahal kat seblah je…kan padan muka aku…
Elok je aku termenung sekejap nampak die tulis Welcome to The Mines Shopping Complex…lebih kurang gitu la signboard nya…yer yer terus aku ikut arrow itu dan sampai dalam The Mines. Huhh lega…aku ingat tempat itu…dan laju je naik escalator sampai lah aku…lambat sket. Game baru bermula. Alhamdulillah…terus gi amik kasut.

Orang adalah sangat ramai. Anak beranak adik beradik sedara semua lah ada. Cam family day you…hokhok

*iklan semenet*…kedekut oh Wonder Bowl…next time aku harap dapat pakai kasut yang elok siket yer…semua kasut kau dah terlampau huduh rupa parasnya…sila ganti baru. very not good.

Ingatkan akulah yg terakhir sampai kan, rupanya Kak Mas lagi lambat…Kak Mas adalah player di lane sebelah aku. Game dah bermula…balingan pertama, kedua, dan datanglah amoi tu sound
“mana lu punya kawan…tggu lagi 10 iminit takde you punya group disqualified”

Amaran yer…tak boleh baling untuk orang yang tiada…walaupon kau pegi toilet…kena tggu…very theeee tuttt. Keji kan peraturan dia…group lain lambat dengan group aku terbabit sekali.

Semua duduk termenung sambil mengenangkan nasib diri. Di saat yang terakhir nampak Kak Mas datang menyorong beg boling. Maklumlah champion. Harus ada kasut dan bola sendirik. So kena main laju-laju coz Cuma ada masa 1 jam 30 minit saja untuk habiskan 2 frame.

Ohh nak tawu yeh berapa markah aku?? Hikhikhik apa pun alasan korang…jawapan aku tetap BIARLAH RAHSIA….lalalalala

*statement orang kalah memang cam gitu*
Google