Monday, June 8, 2009

Cuti-Cuti Malaysia Cameron Highlands

Semalam, hari Ahad...aku segerombolan sefamily pergi Cameron Highlands.

First time aku sampai Cameron. Sumpah tak pernah naik situ sepanjang aku hidup 25 tahun kat Malaysia ni okey. Rasa sangat menjakun je bila naik situ. Dann yang pasti, aku ingat jalan dia ala-ala ke Genting sajok...rupanya aku sudah lari tajuk laa...Jalan nak ke sana adalah sangat aaaaaaaaaaaaaa tension!!!
10 minit yang pertama di jalan yang berpusing-pusing itu, Aleef sudah kemuntahan. Dia sudah mabuk. Aku pon sama. Mabuk kekdahnya plus aku yang tengah selsema hidung tersumbat dan pening kepala akibat selsema. Sudahnya berhenti di Lata Iskandar, mandi kan Aleef sikit-sikit kasik dia segar. Kesian dia. Tapi dia kan pantang jumpa air. Jangan harap nak berhenti mandi. Sampai kebiruan sudah takde hal punya. Tapi kami terpaksa teruskan misi mahu ke Cameron.

Aku sudah mabuk angin segala toknek ada. Rasa tak tahan sangat. Sekali hamik kau...jalan jam!!! Boleh jam di tebing bukit itu?? Apakah?? Nak u-turn takde arah nak pusing. Sempit kan jalannya...Pasrah ajelah sampai ke atas sinun. Ahh korang ni tak reti ke nak balik kampung haa!! Kasik la can aku datang sini....uuuuuuuu
Setiba di atas sana, cuaca tidak sejuk langsung seperti yang aku harap-harapkan. Panas terik cam kat KL jugak. Grrrr...Orang adalah sangat ramai!! Padan muka pergi lagi time cuti sekolah.
Destinasi pertama ke Ladang teh. Mahu minum teh lor supaya hilang mabuk aku yang tak hengat ni. Maklumlah first time kan naik situ. Lepas ni takde lah kot. Serik aaa
Ohh sangat teruja aku tengok kehijauan ladang teh nya. Hapa ke nama ladang itu...lupa plak. Yang pasti bukan ladang teh Boh yer...Tapi tetap indah cantik menarik tertarik.
Aleef with Safwan. Cousin.
Inilah teh tarik yang aku minum. Harganya cuma RM1 sahaja. Sedap. Terasa teh dia. Pot minum kami di atas. Takde air-cond kipas bagai. Duduk bawah payung je. Sebab motif memang nak minum je bukan mau lepak lama-lama pon. Habis minum terus gerak.
Jemput minum semua.
Habis je minum kami ke Ladang Strawberry. Aku ni kan cam orang jakun sket nak la tengok ladang strawberry. Petik buah strawberry ke. Sekali cam hampeh je tempat dia. Jangan kan kata nak petik buah itu, rupa parasnya pon tidak kelihatan. Kata bangla yang tukang jual itu, "jem dan aiskrim adalah kakak...buah fresh tarak"..Ciss tak payah. Ladang apakah ini?? Kecewa hatiku tau.
Lepas pergi ladang strawberry kami pergi makan. Lunch pada pukul 2 petang.
Pas makan sambung la misi jelajah Cameron. Nak tengok ladang sayur pulak di Kea Farm kot nama dia. dan sekian jalan adalah jam.!!! bapak lama...berejam aku duduk lam kereta. Again!! tak boleh blah. Nak pusing takde tempat. Layankan aje. Menyirap je.
Pukul 4 petang gitu baru sampai atas. Banyak la orang jual sayur-sayuran. Tapi aku tak teruja pon pasal aku bukan i lov u dengan sayur. Jadi sekadar lalu-lalu je. Singgah tengok cuci mata. Yang ku cari adalah strawberry. Tapi adalah hampa di situ. Bayang strawberry pon tak nampak.
Adalah amoi tu jual strawberry coklat. 3 biji RM2.00. Aku pon belilah...emm sedap jugak. Patutlah Dato' Siti suker yek...dan tiba-tiba...kedai ah so itu letak strawberry fresh. Terus aku lajuuu gi beli. Memang tau. Tak sampai 5 minit habis strawberry dia. Semua tercari-cari buah itu. Dapat la aku sekotak RM10.00.


Sedap kan...sangat cantik buah ni
Lepas beli barang seketul dua sayur kobis, kami pon gerak mahu pulang. Perjalanan adalah lancar. Sehingga di highway. Jalan adalah jam!! aahhhhh aku letih teramat sangat. Sekian.
Lain kali aku tak nak pergi Cameron lagik...huhu
Google