Showing posts with label story. Show all posts
Showing posts with label story. Show all posts

Tuesday, December 1, 2009

Rahsia Tarikh Lahir wif Dr.Azizan Osman

Dunno, aku suka baca ceramah dia. Dia ni muda belia lagi. Hubby pernah join seminar dia pasal RAHSIA TARIKH LAHIR kat PWTC hari tu...dan memang best u ollss....aku tak pergi pon. Over je lebih. ..haha..

Itupon hubby balik rumah cerita kat aku kan. Knowing me biasalah, time hubby cerita aku dengar semua best. Apa kena ntah...hahah

OMG, still membebel yer. Tak mula lagi... :-)

Katanya,

Untuk menjadi kaya dan berjaya, bahagia dan gembira *banyak tu* adalah satu pilihan. Untuk membuat pilihan, anda perlu ada keputusan. Get it?

Untuk membuat keputusan, kita perlu pilih "ATTITUDE'' atau sikap yang betul. Kadang2 kita sendiri tak perasan. Sikap yang betul iaitu anda mahu mengorak langkah untuk berjaya atau tidak, jika ya, kita perlu ILMU, MENTOR dan SISTEM. Jika tidak, kehidupan kita akan 'biasa-biasa' sahaja.

Kos sara hidup tetap akan meningkat, kau suka atau tidak kena terima kan. Apatah lagi dengan krisis ekonomi, pemanasan suhu dunia yang memberi tekanan serta situasi lain di sana sini. Yerr tetiba cerita pasal pemanasan global lak aku ni...heheh. Tapi apa yang penting, bertindak sekarang!!!

Masalahnya kan u olls, yer aku dah tak kuasa nak taip satu-satu..hahaha. Jadi aku taip ikut tekak sendiri je lah janji korang baca paham sudehhh.

Masalahnya, kalau kita sendiri tak bergerak untuk up kan kebolehan dan ilmu untuk meningkatkan taraf hidup...kita akan tersepit di tempat yang amat sempit. Jangan gunakan 'fast-track' untuk keluar dari kesempitan, silap langkah nanti terikut-ikut dan kena tipu. Kesiannn.

So, mari fokus kepada memperbaiki diri kita dengan ilmu. Supaya kita boleh get ready untuk 10 tahun akan datang. Cer korang imagine 10 tahun akan datang apa korang buat. Ohh aku baru 35 tahun at that time.

Korang imagine...lenkali aku sambung yer. Malass nak taip...huhu sorry

Baca dan tulis semula. Sgt rajin bukan?

Kisahnya, ada baca satu artikel kat paper hari Ahad lepas. Tapi gigih aku simpan kau nak tulis gak kat sini. Eh bukan, nak taip.Yelah aku baca pastu aku taip balik. Rajin kan...hahaha

Ohh saya masih lagi mahu berblogging dan masih rajin membaca blog2 dan dot com dot com lain cuma kadang baca je, kadang rajin terlebih tinggal komen ntah hapa-hapa. Wat ever kan.

Walaupon bila bukak bloggers2 hebat ramai yang dah slow update, apatah lagi aku kan yang memang femalas kedaung ni..laaaaaaagi la. Entry pon mengarut je. Konsep janji ado. Ada orang baca ke takde ke, ada aku kisah. Hehehe. Syok sendiri la pulak weiii

Okey2 melalut ke laut sudah..sambung, aku baca mengenai "KENAPA TIDAK KAYA DAN KAYA LAGI". Okey firstly ko kena paham dulu baik-baik, artikel ni bukan untuk perkerja2 yang makan gaji yer. Makan gaji boleh je kaya janji ko kena rajin saving, jangan buat hutang, tunggu company bagi bonus ke arrears kalao ada dan saving lagik...camtu lah...hehe. Takpon ko buat part time cam haku ni ha...ehh?? hahah

Tapi aku sekarang namo kaya...aku mahu hidup senang hokay. Kaya later-later yer. Ohh verangan lagi. Hahaha...dan

Aku tak start pon lagi. Masih membebel...hahahaadoii.

Next Entry la weh

Thursday, October 8, 2009

Virus Padu

Tetiba kan pakai entry tajuk VirusPadu...harus marah VP nanti kat aku curik nama beliau.

Semalam punya kes la...PC aku ni ha kena virus. Baik punya. Kata pakai internet segala kan.

Scan punya scan..finally dia suh 'reboot'...lagi dan lagi dan lagi. Aku dah tak koser asyik reboot sesaje. Lelama aku yang ribut jadinya.

Susah2 call saja IT assist. Kasik sikit dorang kerja. Muahaha....sebelum tu aku delete apa program yang tak patut aku install kan. Konon misi menyelamatkan diri la.

Bila IT assist call...mualah edisi siasat ntv7 dorang tu...tanya

"lu ada pakai internet ka?" musuh mula mengcurigai aku
"ada meh...sometimes" konon baik la kan
"company punya ka?" pihak lawan masih tak puas hati
"no...broadband one. but not mine" baik punya cover line.

Sekali amik kau...die check dekat mana ntah keluar segala program zaman toknek ada. Aku dah delete wey...ada lagi weyy...time tu aku rasa cam nak lari seratus meter la..muka pon agak pucat kan coz office aku ni mane leh sukatik install program especially games.

Tapi sib baik pihak lawan cam baik hati semalam jadi beliau just ignore je apa yang dia tengok tu. Wat2 tak nampak. Hehehe...then die program balik PC aku. Pastu hari ni aku bukak internet lagi...hehhe...lari lari...


Google