Saturday, March 27, 2010

Ini blog saya!!!

Wah kan...

kemain laju ko bila aku letak chatbox >> kedai kopi borak2...laju je nak komen.

tapi takot...letak nama plastik!!

Okey fine...aku maafkan kau...bagus bukan kalau kita saling bermaaf-maafan.

cuma...suka aku nak ulang.

Kalau tak suka jangan baca blog aku ni. Whyy la susah sangat nak faham...kalau tak suka jangan bukak, jangan baca...jangan!! tapi nakkk juga skodeng pastu sendiri meroyan.sendiri yang nak emo...heh..

sungguh la aku tak paham manusia camni

dan

bila baca...please respect sikit. INI BLOG SAYA!!! so apa kau sibukk.

kau >> yang suka nau tinggal komen2 yang annoying kat sini...memang LOSERR!! kesiannn

ohh skrg sila kau meroyan kat sana sorang2...



Saturday, March 13, 2010

Senarai Kesyukuran which i think semua orang mesti ada

Saya rasa semua orang patut ada senarai kesyukuran seperti ini...semoga sentiasa beringat dan bersyukur selalu kepada Allah s.w.t. Okey tak tau nak tulis kat mana pon tak mengapa at least ada dan simpan dalam kepala sudah cukup.

Credit to HanisZalikha...which i dunno ini merupakan tag atau apa...tapi ditujukan untuk semua. So saya tengah takde-apa-nak-buat sekarang...baik tulis ni

Senarai Kesyukuran Azeera :- ...

1. Saya bersyukur saya masih bernafas dan sihat walafiat.

2. Saya bersyukur saya dilahirkan sempurna fizikal dan mental. Masih waras kekdahnya

3. Saya bersyukur saya kahwin awal. Maka saya tidak mebuang masa begitu sahaja.

4. Saya bersyukur anak saya sudah jadi toddler. Dua tahun setengah sudah.

5. Saya bersyukur mempunyai anak yang comel yang pandai yang semualah baik2 je kat dia

6. Saya bersyukur berkahwin dengan suami saya sebab dia sangat memahami saya dan baik dan menyayangi saya dan family dan dan dann...hahah. I lap u lah abang!

7. Saya bersyukur muka saya adalah amat susah nak tumbuh jerawat. Saya bersyukur bukan berlagak.

8. Saya bersyukur ada broadband di rumah walaupon kadang-kadang kedaung jugak service mereka dan buat saya naik hantu. Rasa seperti mahu membaling sahaja broadband itu dari tingkat 16..hehe

9. Saya bersyukur ada lesen kereta. Rasa bangga tak tentu arah. Saya pon tak tahu kenapa nak rasa macam tu.

10. Saya bersyukur masih bekerja di tempat sekarang walaupon..tak mengapa saya bersyukur.

11. Saya bersyukur boleh makan apa sahaja yang sedap-sedap dan banyak tanpa memikirkan berat badan bertambah atau tidak.

12. Saya bersyukur selalu dapat makan kek Secret Recipe yang sedap itu. Ohh Chocolate Indulgance!!

13. Saya bersyukur rumah saya tinggi dan hari-hari tengok pemandangan Kuala Lumpur. Lebih-lebih kalau ada bunga api...

14. Saya bersyukur masa kenduri kahwin ramai kawan-kawan saya datang...bukan ramai tapi semua. Yes semua!! Mereka memang best.

15. Saya bersyukur dapat makan seafood yang-paling-haibat dan sedap sangat di Sabah. Rasa macam nak pergi lagi dan lagi semata-mata makan seafood dan pulang KL.

16. Saya bersyukur jumpa HaiO dalam usia yang muda. Boleh buat duit banyak-banyak.

17. Saya bersyukur tak berapa tinggi so boleh pakai heel yang 4 5 inci. Okey tak tau la ini komplen ke nak berlagak...haha.

18. Saya bersyukur saya adalah seorang Islam.

19. Saya bersyukur mama dan MIL saya adalah paling terbaik.

20. Saya bersyukur ada blog. Saya boleh tulis apa-apa sahaja kat sini.

21. Saya bersyukur ada Facebook boleh jumpa kawan-kawan lama.

22. Saya bersyukur masakan saya adalah terbaik...bahaha...blah la weii perasann.

23. Saya bersyukur rumah saya ada PS2 walaupon hanya sekadar jadi perhiasan. Tak koser mak nak main nyah.

24. Saya bersyukur dapat jumpa ramai orang masa buat bisnes.

25. Saya bersyukur mempunyai keluarga yang bahagia yang best.

26. Saya bersyukur kami memiliki kereta Caldina GTFour. Dulu asyik berangan je tak sangka dapat beli akhirnya.

27. Saya bersyukur anak saya ada jersey Chelsea bukan MU...

28. Saya bersyukur tinggal di Malaysia yang aman dan Kuala Lumpur yang beezee.

29. Saya bersyukur boleh berjalan tanpa penat sehari suntuk semata-mata untuk shopping.

30. Saya bersyukur tiada penyakit kronik.

31. Saya bersyukur suka membaca tak kira apa sekalipon. Komik pon layan.

32. Saya bersyukur berada di dalam kumpulan 369. Terhebat. *wah berlagak di situ*

33. Saya bersyukur suka warna pink, merah dan hitam. Juga biru...okey semua pon suka sebenarnya.

34. Saya bersyukur tiap-tiap tahun dapat pergi vacation dengan beloved family.

35. Saya bersyukur suka kumpulan Search. Songs dorang memang terbaik.

36. Saya bersyukur tak suka makan sushi yang rasanya sangat wierd. Itu saya, kalau kamu suka teruskan.

37. Saya bersyukur dah khatam al-Quran sewaktu umur 10 tahun lagi.

38. Saya bersyukur fesyen tudung sekarang sangat cantek menarek tertarik.

39. Saya bersyukur rumah saya ada Astro walaupon cerita asyik ulang tayang je tapi takpe saya suka.

40. Saya bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang.

41. Saya bersyukur apa yang saya dan suami lakukan membuahkan hasil.

42. Saya bersyukur tinggal di Seattle which is centre of Kuala Lumpur. Nak pergi mana-mana shopping complex adalah senang. Eh kenapa shopping complex pulak?? Haha balun je.

43. Saya bersyukur anak saya dah pandai bercakap dan paham apa yang dia sebut dan kena pada keadaan.

44. Saya bersyukur umur saya 25 tahun 4 bulan.

45. Saya bersyukur ada kawan-kawan dan akaks-akaks yang best di office. Rasa semangat sikit nak pergi kerja.

46. Saya bersyukur Malaysia tiada salji mahupun gunung berapi.

47. Saya bersyukur tiada haiwan peliharaan. Very not me. Heh!

48. Saya bersyukur dapat baca blog lain dan dot-com juga.

49. Saya bersyukur boleh layan apa sahaja jenis lagu. Semua pon suka. Dangdut pon okey. Hindustan pon takpe. Keroncong boleh je masuk.

50. Saya bersyukur hari ini tak hujan. Baju sidaian saya kering dengan jayanya.

51. Saya bersyukur suka makan coklat kerana coklat boleh mengurangkan rasa tekanan dan menambah tenaga.

52. Saya bersyukur seorang yang outgoing.

53. Saya bersyukur saya dah hide comments blog yang sangat annoying itu. Tapi saya nak bukak balik rasanya.

54. Saya bersyukur sebab anda masih membaca dan dapat kongsi kesyukuran saya dengan ramaii orang.

55. Saya bersyukur sebab saya sangat bersyukur.

Okey saya dah malas nak taip sebenarnya eventho banyak lagi nak tulis tapi finee saya simpan dalam kepala sahaja. Memory saya banyak lagi space dan alhamdulillah masih kuat.

Anda pula bagaimana?



Friday, January 29, 2010

Temporary Je

Ala alahai...kesian nya la haii tengok blog saya penuh bersawang here and there.

Dah berabad tak update.

Sesungguhnya saya amat rindu mahu menulis kat sini tatapi...

sesungguhnya saya adalah sangat sangat sangat sibuk...tahap pekerja cemerlang punya.

Oh takde kena mengena kerja ngan blogging yer...hahaha.

Cuma...buat masa ni saya tak berkesempatan lagi nak active macam dulu.

Insyaallah one fine day...saya akan update. Eh ni pon kira update ape. huhu

But i'm still jadi readers blog2 kamu semua walaupon sekadar membaca sahaja. Tak sempat tinggalkan jejak.

bye bye



Google