Thursday, April 30, 2009

Saspek Denggi??




Aku. Tak sihat. Dah 5 hari berlalu aku masih begini.
Batuk. Selsema. Hilang selera makan. Letih. Sakit Sendi. Demam.



Serius aku penat. Aku tak suka bila aku sakit.


Plate darah aku menurun. Dari 179 ke 169 dan...150 adalah denggi.
Kepekatan darah jua menurun.
Doktor cuma saspek sahaja.

Aku dibekalkan sebeban ubat yang ntah terhapa. Makan.
Ubat gastrik. Tahan sakit 3 jenis. Kejang Otot. Multivitamin. Ubat batuk. Angin.

Hari Sabtu aku perlu pergi ke Pusrawi semula.
Ambil darah. Lagi. Lagi. Lagi.

Aku terpaksa minum 100 Plus berbotol-botol.
Air masak berliter-liter.


Aku adalah spesis tak suka minum air.
Jadi kesimpulannya aku rasa terseksa.
Perut aku penuh air. Apakah??

Kau doakan aku semoga cepat sembuh.
Walaupon aku dapat MC. Yang ini aku suka.


Hehehe.

Friday, April 17, 2009

Aku.Bowling.Seminar...ada bran??

Yeah yeah lama tak update blog...
dah bersawang...banyak labah-labah...hhehe

Hari ni rasa sangat syorga sebabbb...
1. Bos aku takde...die memang takde sebab accident, maka cuti adalah lama
2. Bos besar jua tiada...beliau outstation melawat kawasan jajahan
3. Dapat pakai internet lama-lama coz AM kasik pinjam beliau punya Celcom Broadband keranan beliau jua akan pergi ke Shah Alam melawat kawasan jajahan...ahakss ahakkss terima kasih bro...jasamu akan ku kenang...ewahh


Esok, aku ada bowling tournament kat The Mines Bowl...department aku saja dah gila kuasa hantar 7 group. Nama group berkonsepkan warna biru...Mawar Biru, Biru Mata Hitamku, Haru Biru, Mambang Biru, Blue Lagoon, Blue Hyppo dan lagi satu tak ingat.

Disebabkan mendapat sambutan yang terlampau, maka tournament dibahagikan kepada 3 batch. Aku bermain pada batch ke-2 iaitu pukul 1.00 tengahhari. Harus main laju-laju kan, maklumlah champion!...hohoho

Pas main bowling, kul 2.00 petang lak aku ada seminar ilmu hayat dekat Wisma Chamber, Jalan Ampang. Ehh!! betul ke kat Jalan Ampang ek? main taip je...hehe...Berdesap-desup esok...biasalah aku, weekend schedule memang penuh sokmo.

Sesiapa yang free meh la datang tengok...walaupon ko tak kenal rupa paras aku kan...takpe mak tak kisah nok...datang la. Tambah-tambah lagi yang akak-akak champion tu...siapa?? cuba teka...think think think

Amacam Kak Piah ngan Kak Tipah Vogue...ada bran ke nak lawan bowling ngan saya?? Setakat dapat strike 5 kali apedehal kan....*lariiiiiiiiii nyorok belakang pintu*

Opsss berlagak pulak....wahahaha...


Nak update banyak-banyak pon maleh...pasal gambo takde. Cable camera tak bawak pulak.
Salah sendiri kan, hari tu bawak memory card ke office bila balik rumah, boleh hilang ingatan nak letak dalam camera balik...sudahnya amik gambar tak masuk lam memory card. padan muka. Bila nak download gambar kena angkut camera ngan cable sekalik. cehh

Lunch nanti aku nak pi shopping jap...tema group aku adalah biru konsepnya. Aku tiada baju biru kekdahnya...haruslah membeli yang baru...kat butik ELLE sebelah ni ada sale kebabom punya...pelik ah butik ELLE tu, hari-hari tanpa gagal membuat sale up to 80% tau...ko nak abiskan kan stok ke? atau nak tutup kedai kan...lain macam je...tapi apa pon aku tetap suka sale-sale ni...hehehe.

Selamat cuti di hujung minggu...

Wednesday, April 8, 2009

Kahwin lagi..

Selamat Pengantin Baru To my Friend

PUTERI SUHANA & FAIRUL



Semoga korang berkekalan, bahagia hingga ke akhir hayat


Puteri Su kawan aku masa sekolah menengah.
Aku suka bila kawan-kawan aku kahwin...ikut jejak langkah aku..hehhe
yer yer...memang dalam ramai-ramai aku yang kahwin dulu...
alhamdulillah...

that's why masa aku kahwin, punyalah ramai orang datang...syukur...sebab aku yang pertama so semua nak tengok...mekaseh eh korang...hehe

Pergi kenduri Su kat Taman Melati...aku sampai pon dah lambat..dalam kul 2.30 petang gitu...sampai terus makan, aku kelaparan kisahnya...pas makan jumpa kawan-kawan, posing-posing ambik gambar, salam-salam dan pulang...very fast one...sebab masing-masing ada agenda sendiri.
Muka aku di blurkan seperti biasa...hohoh

Monday, April 6, 2009

Dah masuk TV laaa...


Apa yang masuk?? Hahhh...think think think

Apalagi, bisnes water filter aku la...dah masuk TV kekdahnya...hehhehe. Iklan ni baru keluar di saluran Media Prima sahaja dan di tayangan nya di waktu puncak seperti waktu Berita, rancangan Wanita Hari Ini. Yang jadi model iklan Azizah Ariffin dan Maidah...alah yang menang Gadis Melayu TV9 tu...emm napa mereka tak ambik aku jadik model hah...cisss...*yer yer kadang-kadang aku ni gila glemer jugak...haha"




Dulu...customer aku semua tanya macam ni
"kenapa tak iklan dalam paper or dalam TV cam company-company lain tu?"

Sekarang...mereka tanya lagi
"kenapa sekarang dah masuk TV?"



Camni la anak-anak...Bio-Aura tu bukan nya calang-calang water filter. Ewahh...

Beliau telah wujud sejak berbelas tahun yang lalu. Cara jualan adalah sangat simple iaitu secara mulut ke mulut sahaja...that's why ramai orang tak tahu. Tapi aku rasa cara itu adalah lebih praktikal daripada ko buat iklan bagai...barang tu dah jadi biasa...not special anymore.




Lagi pun Bio-Aura dah dapat Superbrands...di mana beliau telah berjaya mendapat kepercayaan dan maklum balas yang baik daripada 10,000 pengguna. Maknanya takde komplen apa-apa...kalau kau tak percaya, gi buat survey kat shopping complex ke mana-mana, i'm very sure jenama lain tak dapat lagi Superbrands...berlagak di situ




Wahaha promote tak ingat...yer la kan mesti la pomot nama lagi bisnes aku. Ooo aku masih lagi berkecimpung dalam dunia ni...masih lagi aktif, dah naik pangkat pon...cuma malas nak update blog...lalalaa




Minumlah air yang bersih, untuk kesihatan keluarga kita...kau jangan tak tahu...air sekarang sangat kootor

Friday, April 3, 2009

KL Bird Park part 2

After tengok burung merak, singgah tengok burung Kenyalang @ Hornbill…kat Sarawak kan banyak…ada satu tu bapak besar nya!!…nama dia Rhinoceros Hornbill, tapi eksyen…duduk jauh-jauh…huh! Aku snappy yang dekat dengan sangkar je…sian dia…mentang-mentang dia kecik je…semua tak mo tengok dia tau. Lalu wat dek je.



Yang ni pulak agak kurang sopan, aku tengah lalu dia bantai buang air besar pulak...cis tau sib baik lambat semenet. Kalau tak harus terkena aku. Nyehh

Then tengok burung Kakak Tua @ Parrot…burung ni standard la…mulut bising!!...tapi kecantikkan nya…ooohhh sangat kagum dengan ciptaan Tuhan…bulu nya mak aihh..jeles tau burung lain…CANTIK AMAT!! Macam-macam kaler ada…yang paling sweet warna lite pink+white…dah kocik, comel je haaa…diam lak tu…ko sedih ek burung sebab kengkawan kau semua warna stok terang-terang punya.

Teringat zaman kecik dulu, aku selalu nyanyi lagu ni
“Burung kakak tua, hinggap di jendela
Nenek sudah tua,…lalallala” emm tak ingat. Hilang ingatan sudah..

Pastu banyak la burung lain seperti burung hantu, burung helang, burung nuri, burung unta, bangau…burung yang exclusive la…setakat burung cak rumah ke, burung tiong ke tak payah la yer…takdo!! Pastu kan tengah syok tetiba ada lak monyet..Pelik di situ. Apa kau buat monyet?? cam keluar tajuk je??…ini taman burung la…gi zoo sana…haihhh la.
Tetiba lak ada satu monyet kecik ni kat belakang aku….sib baik tak menjerit..Aku ni dah la tak gemarkan kau monyet…ada hati nak gurau senda. Sebenarnya aku takut dia terkam Aleef…yelah kan ingat ke kawan dia nak main sama-sama lak…haru haru…pastu siap curik makanan burung lagi…gedik eh monyet!! Very noty.

Singgap kejap ke Bird Gallery & Education Center, kat situ kau boleh tengok la macam-macam rupa telor. Ada besar ada kecik. Lepas tu ke pintu sebelah pulak, Egg Incubation Room & Nursery. Ada baaanyak anak burung yang comel-comel. Then ada telur burung yang diletak dalam ketuhar / incubator untuk proses kelahiran. Masa aku tengok tu ada sebiji tengah menetas…hikhik dapat tengok baby bird.

Jalan punya jalan, aku dah tak larat la…taklah besar tempatnya tapi kekurangan tenaga la…stamina tak boleh blah..adoii…dan dan tu aku nak balik…terus singgah kiosk kejap, beli air Ribena Mobile dan pulang…sekian sudah cerita di KL Bird Park.

Kesimpulannya, aku tak rasa rugi pon bayar RM30.00 for 2 pax…sebab kita dapat tengok burung tu secara sangat dekat, leh beramah mesra, amik gambar…emm tapi aku tak amik pakej bergambar di situ…ramai sangat orang nak beratur…koser.

Pakej bergambar sepatutnya cam gini. Semua burung taruk kat badan kau...
Ko rang kenal tak 2 orang ni?? Aku pon tak kenal...hehehe
Pasni ingat nak bawak Aleef pergi tengok Rabbit pulak kat Bukit Tinggi. Ikan dia tak teruja sangat, tunggu besar sikit baru leh bawak gi Aquaria KLCC…Ada lagi tak tempat-tempat animal yang best-best??…please let me know yer. Saya nak bawak Aleef. Sekian.

Thursday, April 2, 2009

KL Bird Park part 1

Di sebabkan anak aku, Aleef adalah pencinta alam flora & fauna….jadi kalau outing konsepnya harus ada cirri-ciri tersebut…cam gi sungai ke, zoo ke…

Zoo Negara dah pergi…oleh itu aku ngan hubby bawak beliau gi Taman Burung pulak @ KLBird Park. Tak jauh pon…nun dekat Masjid Negara. Ko tak tau?? Dekat Planetrium Negara, Taman Orkid, Taman Tasik Perdana…hah situ lah…pusing-pusing mesti jumpa konpom tak sesat…







Eh cerita pasal Taman Tasik Perdana kan…*iklan sekejap* …korang silalah percaya bahawa aku tak pernah sampai ke situ lagi yer…walaupon lahir KL, sekolah KL besar KL…tapi yang tu je aku tak jejak lagi…emmm nanti aku ajak hubby gi situ laa…sumpah aku tak tahu apa ada kat sana….of course la ada tasik kan…tu aku tahu…and lalu pon tidak pernah…nehi nehi….

Sambung balik…

sampai je cari parking. Agak senang juga, orang tak ramai…by the time aku sampai, ada dua groups tourist baru je naik bas mahu pulang…sib baik kau kalau tak mesti sesak kat dalam tu…nak masuk kena bayar…biasalah kan…masuk toilet pon kena bayar apatah lagi Taman Burung noks…

Kalau kau ada myKad, sila bayar RM15.00 seorang, anak aku free je coz below 12 years. Kalau kau adalah alien, pelancong asing mahupun PATI..*opsss..hehhe*…sila bayar RM39.00…hohoho bapak mahal okey. Sib baik aku rakyat Malaysia..berlagak di situ.

Saat masuk entrance park ituh…wahhh banyak nya burung!!!…semua nya senang hati terbang sana sini…ooo rupanya tak kurung eh…namanya konsep terbuka. So bolehlah pegang ke nak kasik dia makan ke…macam tu rupanya…kata aku dengan muka jakun tak ingat…yelah aku masuk sini tahun bila…zaman sekolah rendah dulu…tapi idak la secanggih sekarang taman nya…biasa-biasa je…yer yer masa tu aku darjah 6…masih muda belia you.



Disambut oleh burung ini...tido je dia. Aku syak la..hehe

Taman itu dah dibahagikan kepada 4 zon / kawasan mengikut kumpulan burung supaya senang kita nak jalan…burung mana yang kau suka nak pergi tengok dulu…

Memula aku nampak burung merak @ Peacock…patutlah orang kata “angkuh seperti burung merak”….rupanya memang berlagak eh kau peacock…tau la bulu cantik. Dikembangkan bulunya, joget-joget…semua orang amik gambar…aku pon…banyak kali dah tengok peacock, tapi ini kali pertama aku tengok dia kembangkan bulunya ke…sayapnya ke?? apa ek orang panggil??...hah pape lah…cantek la…



Sambil-sambil tu banyak la burung yang takde arah tujuan terbang sesuka hati, berak sesuka hati…apakah??...tapi jenis-jenis nya jangan la kau Tanya aku…sangat tak tahu.



Google