Friday, June 20, 2008

Uptown


Kedai ku yang sangat comel

Ini adalah kisah lama...di zaman dulu kala saya. Dulu sebelum kahwin, saya merupakan seorang staff dan peniaga berjaya. Tempat niaga adalah di Uptown Damansara. Ianya bermula jam 10 malam hingga 4 pagi..seperti jua Uptown dan Downtown yang ada sekarang, tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan...kat Danau Kota, BTR, Subang Jaya...banyaklah. Kalau korang pernah pergi sana dulu...dulu yer sekarang dah takda. Berpindah sudah ke Kota Damansara pulak.

Saya meniaga macam-macam...untuk permulaan hanya meniaga buah-buahan dan jua ABC...ape kekdahnya jual ABC nan sejuk di malam hari kan. Tapi ramai tau orang beli. Di ikuti dengan aksesori wanita, brooch tudung dan gelang magnet. Masa tu gelang magnet tengah hot..memang ramai sungguh pembeli ku...saya sangat suka. Begitulah seterusnya sehingga menjelang hari raya tahun 2004. Itu yang terakhir kerana MPPJ tak benarkan lagi meniaga di situ. Ramai peniaga yang hilang arah seperti diriku.

Saya tidak meniaga lagi sekarang, buat mende lain pulak yang pastinya lagi menarik dan tertarik...ehehehe...mendalam sungguh maksud ayat itu...nantilah bila suatu hari dah berjaya ke tahap yang boleh dibangga riakkan, akan ku blog kan di sini ok.

First time meniaga memang saat yang indah dan kelakar okey...sila paham saya tak pernah buat kerja cenggitu anak-anak. Menggeletar tangan tau..Tak cukup tidur sudah pasti dan tak kisah pon sebab duit punya hal. Yang pasti sangat berbaloi walaupon kedai ku kecik sahaja. Sekian.

No comments:

Post a Comment

Google