Wednesday, November 4, 2009

Besday Celebration kat Bukit Tinggi

Ahad, 1.11.2009 birthday anakku yang sorang tang tang tu...ke 2 tahun. Kejap je kan dah besar. Takde celebrate ape pon coz check schedule dengan ahli-ahli parlimen semua nya busy jadi kitorang tukar plan...bawak dia gi jalan-jalan happy-happy kan dia.



Aleef wif cousin, Farah

1st plan nak pergi bawak dia bermandi-manda, sekali macam malas. Last-last tukau nak pergi Bukit Tinggi. Leh main rabbit kan. Ajak mama, abby dan abg mie sefamily.

Aku memang tak habis-habis berdoa supaya tak hujan coz cubaan 2 kali adalah menggagal sebab hujan lebat di tengah jalan. Kena patah balik. Sib baik semalam tak hujan. amin. hehehe suka.



Wif Kak Shikin, Mie, Abby, Farah, Aleef , Xyra

Sampai atas dalam 2.30 pm...sampai je terus on camera. bergambar sakan...hahaha jalan-jalan pusing kat Colmar Tropical tu...takde apa pon kan.

pas bergambar naik tram pergi ke Japanese Village eh nama dia...lupa la pulak. Bergambar lagi dan lagi dan lagi...mama nak sewa Kimono amik gambar feeling kat Jepun la konon...sekali tengok orang adalah meremut kan...malas di situ.



Taman Jepun yang sudah agak semak

Again, naik tram balik ke Colmar Tropical...semua berjalan dengan cepat-cepat sebab tengok langit dah gelap. Haih mintak-mintak jangan la hujan kan coz tak pergi lagi Rabbit Park. Sian Aleef. Sampai Colmar sambung lagi amik gambar...hahaha. Sangat meriah kat dalam tu coz ada celebration Halloween Week kot...lebih kurang la. Ada orang joget-joget, segala toknek games dah macam funfair pon yer.


Suka kau dapat naik tram...

Sesampai di Rabbit Park yang sekentut tu, tengok lengang u ollss....mana pergi semua orang. Kenapa takde orang. Aaaaa!! Tetiba feeling cerita omputeh kan macam datang tempat psiko...hahaha. Pergi kaunter nak beli tiket, sekali dia kata tak payah bayar dik non...masuk je. free sebab rabbit2 semua kena quarantine...haaa aku dah saspen kau. apehal lak kena quarantine kan.

Ohh rupanya rabbit tu sakit coz semalam ada rombongan cik kiah mana ntah datang dibalingnya rabbit2 tu...sian dia...apesal korang jahat nauu pergi baling dia. meh aku baling korang sakit tak. tak suka jangan usik la kan...stupiddd

last-last kasik Aleef naik donkey ni...hahah sib baik dia suka. tak takut lak tu. Abis tengok rabbit yang seberapa tu we olls pon berpecah. Mama balik Setapak, aku terus zass ke Sentul. Dan naik kereta je....vrrrrroommmmm hujan turun...nasib baikk lagi kan dah balik..hehe


ada bakat jadi equine tak..hehe

Gila nak mampos panjang entry...malas nak seperate kan. sekali jalan..enjoyyy

Monday, November 2, 2009

Harijadi mak anak sekali

Kita mula dengan anak dulu yer


1.11.2009


HAPPY BIRTHDAY sayang mama


MUHAMMAD ALEEF

ke 2 tahun!!!

Semoga jadi anak yang baik, anak yang sihat, anak yang pandai...semua lah package

Be a good boy. Mama and Daddy louve u very-very much...muah muah muah


2.11.2009


HAPPY BIRTHDAY XYRA


ke 25 tahun...clap clap clap


Wishing my self Happy 25th Birthday…

angka 25 ini takkan jumpa lagi selepas ini yer anak-anak.
Takkan berulang lagi..I’m feel soooooooo happy dan sangat bersyukur coz

I’m still breathing dan Masih sihat tubuh badan…alhamdulillah

Dan di usia 25 tahun ini,

Aku berdoa semoga Allah s.w.t memberikan aku kesihatan yang baik hendaknya dan murahkan rezeki kepada ku.

I wish I can make my family happy.

As usual...malas nak tepek muka sendiri...hahaha



Wednesday, October 28, 2009

Aku dapat hadiah besday "advance" yang bom bom poww...

U olls...nak cerita ni. Sila baca entry ni dengan nada gembira okey. bukan nada riak vangga hover semua takmo yer takmo.

Birthday aku kan 2/11 u olls. lambat lagi kan kan. tapi hubby dah kasik awal seminggu hadiah tu. auuummm i love u abang 80 juta kali.

Ok meh tengok tengok apa suami ku tercinta kasik kat aku ni...lalalala





Saya sangat bersyukur. sangat sangat coz tak pernah mintak tapi hubby mengerti. hahaha

Masa dia nak bagi tu sangat la acik tak tawu okey. Aku pon layan la dia asyik tanya pasal iphone iphone...okey je orang tanya jawablah kan. Sekali kan

"amik beg abang kejap"

aku pon sebagai isteri mithali terus pergi u olls. melenggang kangkung masuk bilik

"bukak jap amikkan barang abang"

bila bukak je, zasssss terus terpandang kat kotak phone tu.

Terus woowwwwwww...abang dah beli dush dush..

"ooo beli rahsia rahsia yer...ooo bla bla potpetpotpet kat dia" hahaha tak boleh blah. terus kena membebel kan. lastly

"hadiah besday, abang kasi awal eh"

hahhh!! whattt??? serius?? fengsan....hahahah

huhuhu...terharu sangat. i tot dia beli apple tu untuk dirinya. rupanya tuk aku.

i liikeeeee



Aku pon feeling over meleleh air mata sebab tak boleh terima kenyataan dapat hadiah yang gitu kan..okey tak la tipu je tipu...hahahah.

Neway mekaseh abang. Thank you very much coz sangat memanjakan yang. Apa nak semua dapat. kan kan


Monday, October 26, 2009

Perangai pelik-pelik

u olls...masalah donia donia...camana nak start ek. aku pon tak tawu.

okey, baca dengan satu nafas yer....

yang pasti start from last Friday memang aku hangin sentap semua ada kay. Aku sangat marah plus nak tumbuk tumbuk semua orang. hahaha tipu la tipu. cuma marah tak terluah rasanya coz orang yang aku marah tu tak dapat contact. laaaaaaaaaagi marah.

kisahnya perangai orang kan yang dah 'ter' ambik barang orang tapi buat bodoh tahap cipan. dah la kau ambik barang yang bukan hak kau pastu senyap je. yang aku ni terkejar sana sini cari benda tu. manusia apa camni aku pon tak tawu.

aku cam okey fine...kau 'ter' ambik kan...paham lah.so just inform me

"xyra, aku terambik barang kau kat situ...siyes tak perasan. so skang ada ngan aku. sowi yer susahkan kau bla bla bla..."

ini tak u ollssssss....buat senyap je. dan sampai hari ni aku stiillllllllllll tak dapat contact lagi. hantar message tak reply. call tak angkat...whats the hell engkau ni...

aku tak mintak banyak kan...at least rasa la tanggungjawab sket terhadap apa yang kau dah buat. so simple. sekarang kau memang menyusahkan aku....

emo terlebih...hahaha



Tuesday, October 20, 2009

Broadband

Eventho dah ada lappy dan broadband sendiri…konon cam roh rajin ado sesaja kan. Padahal hampeh. Seperti yang aku bayangkan sebelum ni…sure tak berkesempatan nak ngadap lappy kat rumah kan.

Sekali memang betul tau. Aku takde hari nak ngadap lappy lama-lama konon feel nak jadi blogger yang tegar. Hahaha Sangat la tak boleh nak buat macam tu. Setakat ngadap seminit dua pastu Aleef pon datang mengacau. Hohhh apakan daya. Aku tutup je lappy tu sudahnya.

Tak pon nak kasik dia diam,open je you tube…kasik open Upin&Ipin….Aleef Aleef.



Monday, October 19, 2009

Again Makan2

Hari ni kan again…officemate aku masih lagi dalam mood makan-makan. Tapi hari ni konsepnya port-luck. Gitu. So sesiapa yang terlibat sila rajin-rajin kan diri bawa apa-apa makanan yang patut.

So you know lah guys ni memang bab-bab camni lupa sesajo. Jadi datang la membawa perut. Pastu malu-malu semua takmo join coz takde bawak apa-apa. Hahaha. Eh not good ok not good. Makan pon mau berkira ke? Takde hal la kan…kita kan geng!! Tetiba je kan.

Tapi yang paling best apa tau…aku…boleh puasa la pulak hari ni. Serius lupa wehhh.

Yelah korang remind aku hari Jumaat. Nak menyampai ke hari Isnin kelupaan sudah. Sabtu Ahad banyak nau benda nak fakir terus lupa.

Takpe lah…memandangkan aku dah puasa…you olls go on je lah yer. Takde hal punya. Next time I join yer.



Jamuan Makan PLD

Kalau dah namanya hari raya kan…of course la ada makan-makan or open house bagaikan. Cam biasalah office aku yang memang semua kaki makan suka je bila ada chance nak buat makan-makan.

So last Thursday, we olls ada buat jamuan makan hasil daripada ‘tong-tong’an dari semua pihak sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali.

Makanan adalah banyak. Knowing me yang tak berapa kuat makan ni, makan sikit dah kenyang. Haih rugi-rugi…dok ulang-ulang makan buah je.

Adakah aku diet??? No no no…tidak begitu. Apakah sudah kurus ramping gini lagi mau diet-diet. Sebab takde nasi…!!1 Haaa that’s why la. Cer ada nasi. Conpom aku makan paling banyak. Muahaha…Sangat melayu kan perut saya.

Sambil makan sambil borak…sambil makan sambil bercerita pasal dunia oh dunia. Gosip-gosip sikit..Gurau kasar sikit. Auuwww. Kalau hari-hari cenggini kan best. Muahahaha
Okey tengok-tengok...apa yang aku makan hari tu yer.


Stok kueih-kuih raya yang diambil dari hamper-hamper


Mini bergedil yang sangat kecik. Skali aku ngap habis terus..haha


Main dish...makan mee goreng + rendang daging sajo.
Dedua pon sangat mabeles
Nasi himpit + sambal tumis ikan bilis + bergedil.
Sure tengok pon macam tak lalu je kan. Aku punya makan macam nak tak nak je.
Actually, sambil ikan bilis tu untuk dimakan bersama kuah lodeh atau pon mee goreng. But me sengal gi makan ngan nasi himpit...hahaha


Top-up buah, puding dan maruku

Diakhiri dengan gamba Kak Mas dan Kak Ani yang selalu ada lam kamera aku.
If aku bawak mesti amik gamba akak berdua ni.
Sukahati je kan letak gambar dorang lam ni...hehe



Google