Tuesday, February 10, 2009

Kelip Kelip @ Kg.Kuantan

Seumur hidup aku, memang tak pernah langsung tengok KELIP-KELIP...

Apabila dah stay kat BTP...adalah dekat dengan Kuala Selangor. Perjalanan dalam 15 minit je. So boleh lah aku pergi tengok kelip-kelip kekdahnya.



Semangat adalah sangat membara nak tengok kelip-kelip ni. So aku and family pon sepakat pergi malam tu. Sesampai di tempat kejadian, orang adalah ramai. Tempat nya gelap gelita, cuma ada lampu jalan sahaja. Wahhh tak boleh jadi. Laju ju menonong masuk.

Setiba di pondon, mak haih..ramainya orang!! sangat!! beratur pusing-pusing kau. semua nak tengok kelip-kelip.
Untuk meneruskan aktiviti itu, kena naik sampan...satu sampan hanya muat 5 orang saja + tukang kayuh dan bayaran nya adalah RM10 seorang. Melalui jalan sungai yang gelap gelita ke seberang sana...scary okey.
So aku pon tengok je lah dari kejauhan. Takkan la gila nak bawak anak naik sampan malam-malam buta tu pulak kan. Pastu air sungai tu tenang je...hohoho jangan okey jangan. Kalau sorang aku naik...selamber je...wa no hal
At last kami hanya melepak di tebing tengok ada 1 pokok tu peeeenuh dengan kelip-kelip..owhhh sangat cantek!! Teruja kejap. Tapi kata anak buah aku...
Ala...macam ni je?? Macam pokok krismas...
Sekian.
Jangan di tanya gambar kelip-kelip. Kamera aku tak canggih..waaa




Yelah dik, habis awak nak kelip-kelip tu buat apa...joget2 depan orang...hehhe..tension je anak buah aku tu.

2 comments:

  1. adalah rugi tak naik sampan tgk kelip2...next time cuba bawak anak sedara u naik sampan tgk keindahan pokok berembang yang dihiasi dengan kelip2 tu...mesti dia dah tak ckp "MACAM NI JE..MACAM POKOK KRISMAS"..

    setakat ni saya dah pegi lebih dr 5x..mostly bawak kawan2 yang tak pernah tgk kelip2..mula2 memanglah dorang gelak2 kan saye..tp bila dah tgk sendiri..baru ternganga...besar sungguh kuasa Allah s.w.t

    lg satu, walau secanggih mana pun kamera anda, anda tak akan mungkin dapat amik gambar kelip2 tu..kalo boleh, saya boleh bayar anda RM1,000..hehee

    oh, btw, my cousin salah seorang pendayung sampan kat situ..sbb tu saya dah pegi byk kali :D

    jgn serik..pegi lg..pasti tak akan menyesal!

    ReplyDelete
  2. Hye Ujie,
    Camana nak bawak semuanya takut nak naik sampan gelap gelitu camtu.

    I wish one day dapat naik sampan tu..mesti best kan

    ReplyDelete

Google