Friday, April 3, 2009

KL Bird Park part 2

After tengok burung merak, singgah tengok burung Kenyalang @ Hornbill…kat Sarawak kan banyak…ada satu tu bapak besar nya!!…nama dia Rhinoceros Hornbill, tapi eksyen…duduk jauh-jauh…huh! Aku snappy yang dekat dengan sangkar je…sian dia…mentang-mentang dia kecik je…semua tak mo tengok dia tau. Lalu wat dek je.



Yang ni pulak agak kurang sopan, aku tengah lalu dia bantai buang air besar pulak...cis tau sib baik lambat semenet. Kalau tak harus terkena aku. Nyehh

Then tengok burung Kakak Tua @ Parrot…burung ni standard la…mulut bising!!...tapi kecantikkan nya…ooohhh sangat kagum dengan ciptaan Tuhan…bulu nya mak aihh..jeles tau burung lain…CANTIK AMAT!! Macam-macam kaler ada…yang paling sweet warna lite pink+white…dah kocik, comel je haaa…diam lak tu…ko sedih ek burung sebab kengkawan kau semua warna stok terang-terang punya.

Teringat zaman kecik dulu, aku selalu nyanyi lagu ni
“Burung kakak tua, hinggap di jendela
Nenek sudah tua,…lalallala” emm tak ingat. Hilang ingatan sudah..

Pastu banyak la burung lain seperti burung hantu, burung helang, burung nuri, burung unta, bangau…burung yang exclusive la…setakat burung cak rumah ke, burung tiong ke tak payah la yer…takdo!! Pastu kan tengah syok tetiba ada lak monyet..Pelik di situ. Apa kau buat monyet?? cam keluar tajuk je??…ini taman burung la…gi zoo sana…haihhh la.
Tetiba lak ada satu monyet kecik ni kat belakang aku….sib baik tak menjerit..Aku ni dah la tak gemarkan kau monyet…ada hati nak gurau senda. Sebenarnya aku takut dia terkam Aleef…yelah kan ingat ke kawan dia nak main sama-sama lak…haru haru…pastu siap curik makanan burung lagi…gedik eh monyet!! Very noty.

Singgap kejap ke Bird Gallery & Education Center, kat situ kau boleh tengok la macam-macam rupa telor. Ada besar ada kecik. Lepas tu ke pintu sebelah pulak, Egg Incubation Room & Nursery. Ada baaanyak anak burung yang comel-comel. Then ada telur burung yang diletak dalam ketuhar / incubator untuk proses kelahiran. Masa aku tengok tu ada sebiji tengah menetas…hikhik dapat tengok baby bird.

Jalan punya jalan, aku dah tak larat la…taklah besar tempatnya tapi kekurangan tenaga la…stamina tak boleh blah..adoii…dan dan tu aku nak balik…terus singgah kiosk kejap, beli air Ribena Mobile dan pulang…sekian sudah cerita di KL Bird Park.

Kesimpulannya, aku tak rasa rugi pon bayar RM30.00 for 2 pax…sebab kita dapat tengok burung tu secara sangat dekat, leh beramah mesra, amik gambar…emm tapi aku tak amik pakej bergambar di situ…ramai sangat orang nak beratur…koser.

Pakej bergambar sepatutnya cam gini. Semua burung taruk kat badan kau...
Ko rang kenal tak 2 orang ni?? Aku pon tak kenal...hehehe
Pasni ingat nak bawak Aleef pergi tengok Rabbit pulak kat Bukit Tinggi. Ikan dia tak teruja sangat, tunggu besar sikit baru leh bawak gi Aquaria KLCC…Ada lagi tak tempat-tempat animal yang best-best??…please let me know yer. Saya nak bawak Aleef. Sekian.

No comments:

Post a Comment

Google