Tuesday, July 1, 2008

ALEEF demam





Masa anak aku demam, ianya adalah saat yang begitu mencemaskan okey. Kepanasan badan beliau mencecah hampir-hampir 40'c. Segala ubat telah ku beri tetapi nan ado beza nya. At last aku bawak dia Aleef pegi ke Tawakal Hospital untuk jumpa doktor nya iaitu Doc Shiela, beliau adalah specialist untuk kanak-kanak sahaja yer..sangat baik dan yang pasti aku soka akan biliknya, penuh mainan di sana sini.

Aleef dikhuatiri terkena denggi kerna di Sentul denggi menang ranking no.1, so harus lah pergi ke lab untuk ambil darah. Kesian di situ kerana tangan nya dicucuk sesuka hati sesedap rasa oleh doktor itu 3 4 kali keluar masuk jarum coz darah tak keluar..adui la, sangat seriau...aku yang tengok ni pun ngilu pilu rasanya. Tunggu sejam dan dah dapat result. Takda apa-apa..alhamdulillah..akhirnya pulang bersama ubat-ubatan untuk dimakan.

Alhamdulillah Aleef sudah beransur sihat.

No comments:

Post a Comment

Google