Thursday, April 2, 2009

KL Bird Park part 1

Di sebabkan anak aku, Aleef adalah pencinta alam flora & fauna….jadi kalau outing konsepnya harus ada cirri-ciri tersebut…cam gi sungai ke, zoo ke…

Zoo Negara dah pergi…oleh itu aku ngan hubby bawak beliau gi Taman Burung pulak @ KLBird Park. Tak jauh pon…nun dekat Masjid Negara. Ko tak tau?? Dekat Planetrium Negara, Taman Orkid, Taman Tasik Perdana…hah situ lah…pusing-pusing mesti jumpa konpom tak sesat…







Eh cerita pasal Taman Tasik Perdana kan…*iklan sekejap* …korang silalah percaya bahawa aku tak pernah sampai ke situ lagi yer…walaupon lahir KL, sekolah KL besar KL…tapi yang tu je aku tak jejak lagi…emmm nanti aku ajak hubby gi situ laa…sumpah aku tak tahu apa ada kat sana….of course la ada tasik kan…tu aku tahu…and lalu pon tidak pernah…nehi nehi….

Sambung balik…

sampai je cari parking. Agak senang juga, orang tak ramai…by the time aku sampai, ada dua groups tourist baru je naik bas mahu pulang…sib baik kau kalau tak mesti sesak kat dalam tu…nak masuk kena bayar…biasalah kan…masuk toilet pon kena bayar apatah lagi Taman Burung noks…

Kalau kau ada myKad, sila bayar RM15.00 seorang, anak aku free je coz below 12 years. Kalau kau adalah alien, pelancong asing mahupun PATI..*opsss..hehhe*…sila bayar RM39.00…hohoho bapak mahal okey. Sib baik aku rakyat Malaysia..berlagak di situ.

Saat masuk entrance park ituh…wahhh banyak nya burung!!!…semua nya senang hati terbang sana sini…ooo rupanya tak kurung eh…namanya konsep terbuka. So bolehlah pegang ke nak kasik dia makan ke…macam tu rupanya…kata aku dengan muka jakun tak ingat…yelah aku masuk sini tahun bila…zaman sekolah rendah dulu…tapi idak la secanggih sekarang taman nya…biasa-biasa je…yer yer masa tu aku darjah 6…masih muda belia you.



Disambut oleh burung ini...tido je dia. Aku syak la..hehe

Taman itu dah dibahagikan kepada 4 zon / kawasan mengikut kumpulan burung supaya senang kita nak jalan…burung mana yang kau suka nak pergi tengok dulu…

Memula aku nampak burung merak @ Peacock…patutlah orang kata “angkuh seperti burung merak”….rupanya memang berlagak eh kau peacock…tau la bulu cantik. Dikembangkan bulunya, joget-joget…semua orang amik gambar…aku pon…banyak kali dah tengok peacock, tapi ini kali pertama aku tengok dia kembangkan bulunya ke…sayapnya ke?? apa ek orang panggil??...hah pape lah…cantek la…



Sambil-sambil tu banyak la burung yang takde arah tujuan terbang sesuka hati, berak sesuka hati…apakah??...tapi jenis-jenis nya jangan la kau Tanya aku…sangat tak tahu.



1 comment:

  1. tgk burung best nyer.. tapi tang burung berak sesuka hati tu yg takut nak gi .. kang tak pasal pasal terkena taik burung kat kpala free free jer

    ReplyDelete

Google