Tuesday, December 15, 2009

Ke Rumah Anak2 Yatim, Jengka

Wah tetiba roh rajin datang pulak. Okey kasik hapdate laju-laju u olls sebelum dia keluar..muahaha

First time in my life follow konvoi yang melertzz begini…knowing me bukan nya suka nak konvoi2 ni…mak malas nyah asyik nak berenti pastu tunggu kejap, tunggu lagi sebab tak cukup korum..ala alahaiiiiiiii


*berkumpul di Petronas Gombak*

This time around saja la suka-suka plus ini adalah Konvoi Amal by Caldina Club 369. Maklumlah mak kan dah ada Caldina haruslah nak bersama-sama mereka. Kesimpulan nya adalah sangat berbaloi-baloi. Eh baru cerita dah pergi kesimpulan nya…sangat la kan. Kalau exam harus markah aku dicaras-caras oleh teacher…hahaha

Mission adalah mahu pergi ke Rumah Penyayang Anak Yatim di Jengka sinun untuk menyampaikan water filter Bio-Aura dari Caldina Club. Semoga dengan sumbangan ini dapatlah anak-anak ini minum air yang bersih dan ditapis berkali-kali. Begitu.


*lokasi tujuan*

Kul 8 pagi okey aku dah tercongok kat Petronas Gombak itu. At that time ramai dah pon yang dah sampai. Tunggu semua pastu tunggu arahan by Mr.President dan gerak. All of us ada 21 biji Caldina GT-Four dan ZT, Nspec pon ado…campur-campur la janji Caldina.

*caldinas*

Mine kereta ke 7 of 21 Caldinas…so gambar yang diambil adalah 6 biji di hadapan sahaja yer…lead by Caldina Banana, Oren, Blue….bla bla…pastu belakang ramai lagi…ater gila ke hapa nak ambil gambar kat belakang. Yang mana ada sunroof tu boleh la keluar-keluar kepala kan amik gambar la video bagai…
*karak highway..hehh*

Sampai rumah anak yatim dalam kul 11 pagi…we olls disambut sangattt meriahh…memang dorang sangat welcome. Rasa terharu sangat. Berucap sepatah dua, ada nyanyian nasyid dari anak-anak itu, penyampaian sumbangan dan makan-makan.

*majlis beramah-mesra*

*nyanyian nasyid oleh anak-anak* sedih bebb

*sumbangan 3 biji water filter*

*sumbangan cek RMXXXX kepada pengetua*

Feeling what, rasa macam one kind tau bila tengok dorang semua, pengetua, penjaga dan anak-anak yatim tu sangat happy bila ada orang sudi melewat mereka…

korang pernah rasa macam tu tak???…rasa macam syahdu je..kesian dorang kan. Bersyukur la dengan apa yang kita ada. Alhamdulillah.

Sekurang-kurangnya kita ada tempat tinggal, ada pekerjaan, kehidupan bersama keluarga masing-masing. Mereka hanya ada pengetua, penjaga dan kawan-kawan sahaja…ya Allah

*gambar kenang-kenangan*

*anak ku sayang*
Kul 2 petang kami dah gerak pon…straight to Bukit Gambang Resort, Kuantan. Tempat baru u olls…cantekk.

Biasalah aktiviti beramai-ramai kan…malas nak taip…yang penting kami adalah sangat enjoy!!! Best sangat…tapi letih sikit arr kan…tapi besttt best best…hah cuba kira berapa kali aku tulis perkataan best tu.

Esoknya, pagi-pagi dah semangat pergi mandi kat Waterpark dia yang ala-ala Sunway Lagoon tu..i tell you what..we olls sampai entry gate pon belum bukak lagi!! Cer imagine betapa excited nya kami…hahaha…lawak tau. Eh tapi orang dah ramaiii ya ampun beratur nak masuk tapi belum bukak.

Bila masuk je kan terus tak excited coz orang adalah tak kuasa…rimass ar ramai sangat. Yelahkan cuti sekolah kata. Tempat baru pulak tu…tapi ada benda yang tak puas hati pasal system dorang…ahh lupa kanlah…siket2 nak complain…hehhe.

Ok dah habis…pas mandi check out dan vromm balik KL
Di akhiri dengan gambar salad ni. Takde kena mengena. Ending yang ntah terhapa. Maafkan dakuu





2 comments:

  1. ronda di alam maya terjumpa blog ni...
    alhamdulillah hi-o buat kerja amal.
    pokju dulu pernah masuk skim seperti ni. tapi dah tak famous dah sekarang,
    nak jugak buat sumbangan macam ni. tapi... berhutang banyak sampai sekarang. tapi alhamdulillah cukup makan pakai anak bini dan orang tua.
    asalkan perjuangan itu hanya untuk allah. ingat pada mereka yang kesusahan. ramai yang terduduk buat perniagaan ni. tapi rezeki allah, yang terduduk mungkin ada ujian. yang berjaya juga mungkin ujian allah. sampai mana kita bersyukur, dan sampai mana kita berkongsi nikmat allah.
    pok ju tumpang gembira kawan pokju dah pun berjaya, ada jugak kawan seangkatan dulu mengata. tapi dengan kudrat yang allah berikan rezeki pokju kat kedai makan sekarang. dan alhamdulillah orang atas pokju bagi galakan dan makan di kedai pokju selalu. setiap benda berkaitan sama lain, tidak ada kita, tidak akan ada mereka.

    semoga berjaya, jauhi sifat tamak dan bongkak, nikmat allah patot kita berkongsi bersama.

    salamunaleikum.

    ReplyDelete
  2. salam pokju..

    terima kasih sudi menjengah blog saya..betul tu pokju..
    sejauh mana pun kita pergi,
    setinggi mana pun kita berada
    semua itu hanya pinjaman Allah.

    kalau berjaya alhamdulillah
    jika tidak, makna nya rezeki kita bukan di situ

    semoga kita berjaya di laluan msing2

    ReplyDelete

Google