Friday, March 27, 2009

Ko dah tunang yer...congratulation

Haaa entry khas buat best friend aku time kecik-kecik dulu

IZAIDA namanya...beliau adalah pencinta PINK

Aku jumpa dia masa darjah satu...kami satu kelas...sekolah rendah sama-sama...sekolah menengah lain-lain...but still keep intouch sampai sekarang...tak jumpa pon just contact sekali-sekala...tapi tu la...jodoh panjang...*jodoh perginya...adoii* sampai sekarang baik



ada lagi sorang, MAISARAH namanya...aku panggil beliau MAMAI.



We olls bertiga sangat baik...dan aku yang kahwin dulu...i'm still remember, masa wedding day aku, pompuan 2 orang ni menangis...apa la korang...dun worry one day korang pon akan kahwin jugak...dorang tengah nangis aku pon sound "wey, best la kahwin..yang korang nangis pehal arrr...aduyaii"...hikhikhik





Oh yer, motif sebenar membuat entry

last Monday, Izaida call aku katanya dah tunang




CONGRATULATION to
IZAIDA & AZAM...!!!





Azam pon aku kenal jua...beliau berada di kelas sebelah...hehe...kawan kami masa sekolah rendah...kira dua-dua pon aku kenal...



Aku doakan semoga korang cepat kahwin yer...

p/s : Iza, takpe yeh aku letak pic ko ngan azam...hehhe..jangan marah yer..

Monday, March 16, 2009

Shoes Shoes Shoes

Lately ni suka nau nak membeli kasut...pakai nya idak...suka beli je...boley? Tapi tu aku
but ini untuk Aleef pula

Paling baru, kasut untuk anakanda tersayang...Masa pergi jalan-jalan kat The Mall, i bought one pair for him. bila dah besar sket ni baru lah boleh beli yang mahal sikit...mahal tu berapa?..harganya RM129.90...lalala..pejam mata bayar yer...bagi aku mahal la tu...kot la kau banyak duet rasa murah kan...heheh
one big size untuk tahan lama...emm die suka pakai kasut ni. So far Aleef memang takda selipar. Memang tidak diajarin memakai selipar terbukak gitu..enggak elok. Katanyaaaaa.....
Saja la sarungkan kat kaki Aleef, sekali dia tak mo bukak la...suka nampaknya, ater daddy dia pun terpaksa rela beli satu untuk hero yang satu ni...wehehe
Macam kasut sekolah pon yer...comel jek...aku pon rasa nak beli la satu...same brand


So bila keluar...harus pakai kasut...pelihara kaki...kan kan

Aleef wif new shoes

Monday, March 2, 2009

Bank yang sengal!!!

Last Thursday, aku bercita-cita tinggi nak open saving account dekat bank lain selain bank yang aku kerja ni. Yelah, aku ni banker...aku memang kureng percaya sket dengan bank-bank lain ni...wahhh statement berani mati...wahahha

Bukan apa, fikir nak wat apa-apa ke, nak ngadu ke senang berurusan dengan bank sendiri je. Tak banyak songeh kan. Nak marah pon aku tau nak marah siapa. Gitu.

Aku pon cargas la menapak waktu lunch ke seberang jalan nun bersama niat suci nak gi open account baru. Sampai je tengok orang takde, yelah baru kul 12.00. Katanya untuk bukak account sila tekan butang 'C'...tekan la nombor nya 7003. nombor terakhir 7002. Orang takde ni.

Aku pon dah berdiri depan kaunter tu. Kau tak panggil pun aku dah datang. See baik kan aku!!
Yang tak baik tu, staff pompuan tu la haiiiiiiiii...tengah cakap telefon...tersengih-sengih, tergelak-gelak, wat dek je aku depan dia ni...dah bagi isyarat mata mulut segala bagai dah keluar. Kot la dia nak letak phone, atau cakap "sebentar ye"...ini tak, boleh dia bangun alih tempat duduk sambung borak. Memang kurenggg betul laa...camana la die boleh duduk kat situ.

Aku tengok jam dah 12.30 p.m. Maknanya dah setengah jam aku tercongok kat situ kan. Aku pon pergilah komplen kat Customer Service, dorang pon tengok je pompuan tu...kata "sebentar ye..duduk dulu"...

Hah tak koser aku nak tunggu lagi...boleh blah...cam la bank kau bagus sangat. Terus aku cancel...pergi bank lain plak. Budus namanya besar tau.

Bila roh rajin datang...cerita cemas

Bukan senang nak tunggu roh rajin ni datang. Sekali sekala je...

Aku dah tukau blog skin...taraaa........eleh tukar kaler je pon. Dulu hijau sekarang pink. Dua-dua pon not my favourite karer...abis tu nak search kat blog skin malas gilo...amik je lah kat template yang ado tu...heheh

Oh yer...pagi tadi dalam pukul 8.45 a.m my bos SMS aku, kata camni

"saya accident. patah tulang rusuk 4 dan collar bone.tolong dapatkan GL for Hospital Selayang"

hahh!!! cemas tak cemas tak???....aku baca cam agak terkejut la...sekali kan...rupanya dah sejam message tu masuk inbox aku tak baca!!...grrr sorry bos. tak perasan.

aku pon terus call die...tanya okey tak...dia kata okey...hahhh boleh cakap la. Makna nya okeyla tuh...hehehe...kesian bos kan dapat staff cam aku ni...aku pun trus gi HR mintak GL...

sampai ke saat ni aku tak pergi pun ziarah beliau lagi. Katanya duk emergency wad...mana boleh masuk kan...takpe la bos, take care....mesti lama kan bos tak masuk office..camana saya nak buat kerja ni...haihhh *mengeluh*

Tuesday, February 17, 2009

The Woods bermandi-mandian

Story last week...aku and in laws semua dah lama bercadang-cadang nak pergi mandi. Dah kalau jiwa mesra alam hasruslah nak cari sungai @ laut jugak. Memandangkan hari minggu, aku tidak gemar ke laut sebab mesti orang ramai...eee tak suka.



Sudahnya putus mau pergi Ulu Yam sajok...kisahnya orang jua adalah ramai...ada yang bawak family, bawak makwe...di celah-celah semua ada orang..oppsss...hehe...disebabkan kami bawak budak-budak, maka terus aja nyah dari situ kerana pemandangan tak elok.



Jalan-jalan lagi sampai ke atas bukit nun...sikit lagi nak ke Genting Highlands. Tempatnya tak ramai sangat orang. Cool Je...namanya ialah The Woods. Still area Ulu Yam jugak. Masuk kena bayar seorang RM2 kecuali budak kecik. Patutlah tak ramai orang nyah.






Kawasan nya cantekkkkkkkk...tapi bersebalahan dengan tempat Paintball...tengah-tengah mandi dengar orang training menembak...sekali cisss...kena baju anak aku yang di letak atas batu...habiss kena warna oren...yang best basuh takmo keluar...berani korang!! Aku tuntut ganti rugi...


tapi memandangkan aku ni seorang yang baik hati lagi lemah lembut...aku maafkan korang sebab teruja tengok menatang ke senapang ke....rasa nak pinjam je...hahaha





Batu tu semua, we olls yang gigih susun supaya kedalaman air mencapai tahap piawaian yang we olls mahukan


Sungguh teruja nak mandi sampai tak bawak makanan...apa kes? Dah sah-sah lepas mandi kelaparan tahap langit ketujuh punya. Sib baik mak beli roti. Walaupon sikit janji ado nak cover perut ni haa...Tapi aku ada nasik!! Riakk sekajap...nasik se-polisterin makan ramai-ramai konsepnya. Lagii la tak cukup

Aleef adalah over, takmo naik...yang aku dah tukar baju malas nak mandi...sejukkk. Aleef pulak nak mandi lagi lagi lagi...sampai biru bibir kaki tangan semua. sekali abah nyakat dia. Bawak gi mandi dan kasik selam kan Aleef dalam air...wahaha sian dia..tapi dia suka kau...bertuah punya budak.



Malas nak layan, angkat dia jugak...tukar baju dan pulang. Misi untuk cari kedai makan sebab lapar sangat semuanya. Lepas berhenti dekat Selayang makan cepat-cepat dan masing-masing membawa hala tuju. Aku dan family balik ke BBS, in law balik ke BTP. Memandangkan esok kerja maka tak dapat la aku bermalam di BTP. Tak koser mak nyah nak harung jamm pagi-pagi esok...

Keesokkan pagi...semua gatal-gatal...emmmm moskel moskel

Tuesday, February 10, 2009

Kelip Kelip @ Kg.Kuantan

Seumur hidup aku, memang tak pernah langsung tengok KELIP-KELIP...

Apabila dah stay kat BTP...adalah dekat dengan Kuala Selangor. Perjalanan dalam 15 minit je. So boleh lah aku pergi tengok kelip-kelip kekdahnya.



Semangat adalah sangat membara nak tengok kelip-kelip ni. So aku and family pon sepakat pergi malam tu. Sesampai di tempat kejadian, orang adalah ramai. Tempat nya gelap gelita, cuma ada lampu jalan sahaja. Wahhh tak boleh jadi. Laju ju menonong masuk.

Setiba di pondon, mak haih..ramainya orang!! sangat!! beratur pusing-pusing kau. semua nak tengok kelip-kelip.
Untuk meneruskan aktiviti itu, kena naik sampan...satu sampan hanya muat 5 orang saja + tukang kayuh dan bayaran nya adalah RM10 seorang. Melalui jalan sungai yang gelap gelita ke seberang sana...scary okey.
So aku pon tengok je lah dari kejauhan. Takkan la gila nak bawak anak naik sampan malam-malam buta tu pulak kan. Pastu air sungai tu tenang je...hohoho jangan okey jangan. Kalau sorang aku naik...selamber je...wa no hal
At last kami hanya melepak di tebing tengok ada 1 pokok tu peeeenuh dengan kelip-kelip..owhhh sangat cantek!! Teruja kejap. Tapi kata anak buah aku...
Ala...macam ni je?? Macam pokok krismas...
Sekian.
Jangan di tanya gambar kelip-kelip. Kamera aku tak canggih..waaa




Yelah dik, habis awak nak kelip-kelip tu buat apa...joget2 depan orang...hehhe..tension je anak buah aku tu.

Monday, February 9, 2009

Inai di jari...cantikk



Inai ini adalah pemberian En. WM sempena pemergian beliau ke Tanah Suci last month. Ada juga segala jenis kacang ke manisan beliau bagi tapi aku dah makan. Tak sempat nak snap gambar.

Ada orang tak suka pakai inai...kata mereka tak vogue la, tak uptodate la, kampung la...lalala
apa pun tanggapan mereka, mak tak kisah nyah...mak okey je.

Dah sampai ke tangan aku lama pon cuma tak berkesempatan nak pakai. Tapi opismate semua dah taruk...kat tangan, kaki, rambut...hahh semua nak letak...aku cuma test2 je letak kat tangan sebelah kiri...buat pon time office...hehhe. Tangan kanan nak wat keje so tak boleh pakai

Ini lah hasilnya...taraaaaaaaa!!!

Cantik kan...aku suke.




Kalau tak silap, inai ni ada jual kat Mydin. Tapi tak pernah pon aku beli cuma akak2 kat office ni je suka nau pakai inai...jaga kuku katanya...sukatilah. Tapi aku ni kan suri rumah tangga...haruslah balik memasak...hilang warna inai tu..sekejap je tahan. hehe
Google