Monday, September 28, 2009

Bersiaran secara langsung

Kalau perasan kan...aku dah lama tak update blog kan.

Femalas mungkin, takde story nak publish ke, merajuk kot...

Tapi hari ini...untuk julung-julung kalinya, aku bersiaran secara langsung dari office aku menggunakan BROADBAND aku...diulang...aku punya broadband..muahaha *gelak jahat*

Bukan broadband saja u olls...siap belikan aku laptop baru u ollss......ya Allah sukanya..

Sangat berlagak tau...tak payah nak bersusah payah pergi Knowledge Suite semata-mata nak tingkatkan ilmu IT aku ni *tak bole blah...poyo nau statement*

Tak perlu lagi nak berebut-rebut guna broadband wakaf kat office aku ni... ehh..sukati je kan kata broadband wakaf...kalau tau dek tuan tanah kedaun tu harus aku dicerca...hehe

Thanx to hubby sebab bermurah hati membelikan aku broadband ni...i love you abang.

So after this...rajin berlipat ganda la nak update blog kan..kan...

Dan aku akan ubah rupa paras blog aku ni ke arah yang lebih cemerlang.

Bye bye




Monday, August 10, 2009

Roh Malas dan aku

Sejak 2 menjak ni memang kerajinan nak update blog pon cam suam-suam kuku je.

Banyak cerita, idea melambak-lambak....tapi malas nak taip..bole?

Mungkin disebabkan aku tak boleh tengok PC lama-lama kot...nanti migraine. Eh siyes okey. Aku tak main-main. So semalam dah buat spek khas untuk mata ku yang kesilauan ni. Bukan rabun yer anak-anak. Tidak tidak tidak...cuma silau semata. Dah tua kekdahnya. Hehhh

Nak buat entry pergi Sarawak pun dah basi gamaknya. Memang confirm roh malas dah masuk. Emm nanti la kalau rajin aku buat la entry yer. Bukan untuk orang lain. Untuk diri sendiwi.

Tetapi tahap kemalasan aku tidak lah sehingga nak tutup blog ke hape, private kan blog ke. Kalau aku private kan pun ade sape2 kisah ke...mak tak glemer noks cam dorang-dorang tu...hehehe

Ok lah...arini aku puasa. Tak makan so ada masa nak ngadap PC untuk wat kerja yang takde kena mengena dengan kerja opis...lalala 

Tadi pun dah order kuih semprit kat kak eranazeera, semoga beliau tak lupa akan order aku tu...dah terbayang-bayang kesedapan kuih semprit...first time eden torai ni...tak sabar nak makan. comfirm aku belasah sebelum raya...hehehe

Friday, July 24, 2009

My Best Friend Wedding

Last Saturday nite, kan aku ada wedding invitation kat Dewan Bandar Tun Razak.





Majlis start kul 8 malam, tetapi aku adalah agak kelewatan sedikit coz siang tu kan kami berada di Rumah Media, Melaka untuk seminar Hai-O.





Dear Izaida & Hazam,

SELAMAT PENGANTIN BARU

Aku doakan semoga perkahwinan kamu berkekalan dan bahagia hingga ke anak cucu.

Monday, July 13, 2009

GUESS? untuk aku!!

Suka tau...belum taip entry ni dah suka.


Gini ceritanya, last Sunday. Aku teman hubby gi shopping baju-bajuan beliau kat The Mall. Kami adalah sangat suka shopping kat situ coz tak ramai orang dan baju nya selalu updated.

Lepas jalan-jalan, beli t-shirt polo nya. Sambil jalan lagi suddenly kawan nya call. Nak jumpa. Isk gangguan sungguh. Tapi kena la terima hakikat kan jadik businessman memang gitu.

Konon-konon nak balik la sekali sempat tu nak tengok purse. Tak agak-agak aku terus pergi GUESS coz macam dah lama berkenan beg duet GUESS. Cuma roh membeli tu belum mari.


Sekali tunjuk kat hubby "Cantek tak?" ...Soalan budget. Tetiba hubby kata "kalau suka amik je lah. abang belanja"...wah wah aku terus amik tau. Tak tanya 2 kali...hehhe






Harganya 200 rat lebih...Aku suka purse ni coz die multi purpose. Boleh buat purse and bag..Makna nya kalau gi function atau malam anugerah ke, boleh la pakai. Pandai-pandai.



Saje wat entry coz aku dah lama tak tukar wallet okey. After 2 years now i'm got this GUESS.

Thank you abang thank you so much.

Wednesday, July 8, 2009

Campur Campur

Lama sangat aku tak update blog. Makan bulan juga lah.

Bukan aku tak nak update. Tetapi tahap kebizian adalah melampau...
But now, suddenly roh rajin dah masuk...barulah aku update kan.
*alasan semata-mata*..

Yang pasti, schedule aku untuk bulan Julai ini agak padat berbanding dengan bulan June. Every weekend ada je aktiviti yang kena buat.

05/7 - Siang : Seminar @ Kuala Kubu, Selangor /
           Malam : Celebrate besday Papa walaupon dah belated..hehe sorry                              papa.

11/7 - Beli baju raya (tak boleh blah, itu pon nak bagi tau orang)

12/7 - Birthday party Farah

18/7 - Siang :Seminar @ Melaka
           Malam : My best friend wedding : Izaida & Hazam

25/7 - Diomand Nite @ MIECC Seri Kembangan

31/7 - Family Trip to Sarawak sampai 03/08 (4 days 3 nights)

Itu yang dah confirm, yang belum confirm tak pasti lagi so aku tak tulis dalam ni lah.

Walaupon nampak macam aku takde masa nak berehat masa cuti, honestly aku suka. Coz aku bukan nya jenis duduk diam kat rumah...oohh please very not me!

Insyaallah, aku akan update semua aktiviti aku yang kat atas sinun. Supaya blog aku cantek semula.

Monday, June 8, 2009

Cuti-Cuti Malaysia Cameron Highlands

Semalam, hari Ahad...aku segerombolan sefamily pergi Cameron Highlands.

First time aku sampai Cameron. Sumpah tak pernah naik situ sepanjang aku hidup 25 tahun kat Malaysia ni okey. Rasa sangat menjakun je bila naik situ. Dann yang pasti, aku ingat jalan dia ala-ala ke Genting sajok...rupanya aku sudah lari tajuk laa...Jalan nak ke sana adalah sangat aaaaaaaaaaaaaa tension!!!
10 minit yang pertama di jalan yang berpusing-pusing itu, Aleef sudah kemuntahan. Dia sudah mabuk. Aku pon sama. Mabuk kekdahnya plus aku yang tengah selsema hidung tersumbat dan pening kepala akibat selsema. Sudahnya berhenti di Lata Iskandar, mandi kan Aleef sikit-sikit kasik dia segar. Kesian dia. Tapi dia kan pantang jumpa air. Jangan harap nak berhenti mandi. Sampai kebiruan sudah takde hal punya. Tapi kami terpaksa teruskan misi mahu ke Cameron.

Aku sudah mabuk angin segala toknek ada. Rasa tak tahan sangat. Sekali hamik kau...jalan jam!!! Boleh jam di tebing bukit itu?? Apakah?? Nak u-turn takde arah nak pusing. Sempit kan jalannya...Pasrah ajelah sampai ke atas sinun. Ahh korang ni tak reti ke nak balik kampung haa!! Kasik la can aku datang sini....uuuuuuuu
Setiba di atas sana, cuaca tidak sejuk langsung seperti yang aku harap-harapkan. Panas terik cam kat KL jugak. Grrrr...Orang adalah sangat ramai!! Padan muka pergi lagi time cuti sekolah.
Destinasi pertama ke Ladang teh. Mahu minum teh lor supaya hilang mabuk aku yang tak hengat ni. Maklumlah first time kan naik situ. Lepas ni takde lah kot. Serik aaa
Ohh sangat teruja aku tengok kehijauan ladang teh nya. Hapa ke nama ladang itu...lupa plak. Yang pasti bukan ladang teh Boh yer...Tapi tetap indah cantik menarik tertarik.
Aleef with Safwan. Cousin.
Inilah teh tarik yang aku minum. Harganya cuma RM1 sahaja. Sedap. Terasa teh dia. Pot minum kami di atas. Takde air-cond kipas bagai. Duduk bawah payung je. Sebab motif memang nak minum je bukan mau lepak lama-lama pon. Habis minum terus gerak.
Jemput minum semua.
Habis je minum kami ke Ladang Strawberry. Aku ni kan cam orang jakun sket nak la tengok ladang strawberry. Petik buah strawberry ke. Sekali cam hampeh je tempat dia. Jangan kan kata nak petik buah itu, rupa parasnya pon tidak kelihatan. Kata bangla yang tukang jual itu, "jem dan aiskrim adalah kakak...buah fresh tarak"..Ciss tak payah. Ladang apakah ini?? Kecewa hatiku tau.
Lepas pergi ladang strawberry kami pergi makan. Lunch pada pukul 2 petang.
Pas makan sambung la misi jelajah Cameron. Nak tengok ladang sayur pulak di Kea Farm kot nama dia. dan sekian jalan adalah jam.!!! bapak lama...berejam aku duduk lam kereta. Again!! tak boleh blah. Nak pusing takde tempat. Layankan aje. Menyirap je.
Pukul 4 petang gitu baru sampai atas. Banyak la orang jual sayur-sayuran. Tapi aku tak teruja pon pasal aku bukan i lov u dengan sayur. Jadi sekadar lalu-lalu je. Singgah tengok cuci mata. Yang ku cari adalah strawberry. Tapi adalah hampa di situ. Bayang strawberry pon tak nampak.
Adalah amoi tu jual strawberry coklat. 3 biji RM2.00. Aku pon belilah...emm sedap jugak. Patutlah Dato' Siti suker yek...dan tiba-tiba...kedai ah so itu letak strawberry fresh. Terus aku lajuuu gi beli. Memang tau. Tak sampai 5 minit habis strawberry dia. Semua tercari-cari buah itu. Dapat la aku sekotak RM10.00.


Sedap kan...sangat cantik buah ni
Lepas beli barang seketul dua sayur kobis, kami pon gerak mahu pulang. Perjalanan adalah lancar. Sehingga di highway. Jalan adalah jam!! aahhhhh aku letih teramat sangat. Sekian.
Lain kali aku tak nak pergi Cameron lagik...huhu

Thursday, May 28, 2009

MIGRAINE!!

Tajuknya pon dah pening kan. Tapi bukan aku yang migraine. Hubby. Sian dia dari pagi menyampai ke malam tak hilang-hilang migraine dia. Kalau la boleh cabut kepala tu dan letak kat sebelah, maunya aku tolong buatkan. Berselirat urat keluar kat kepala. Menakutkan.

Dari ubat tahan sakit, try pulak minyak angin, tak boleh jalan guna plak minyak afiat sapu kat perut, minyak mustajab, ubat tahan sakit…last skali air energy. Semua tak boleh blah…sakit nya masih seperti itu.

Kesian kan bila kena migraine. Aku pon baru je lepas kena migraine. Tapi tidak seteruk itu. Sesungguhnya nasib kita adalah berbeza kan. Bahagian masing-masing. Sapa yang takde migraine, bersyukurlah korang. Sebab bila dah kena sangat la tak tertanggung.

Seingat aku time bujang dulu tak pernah sekalipon aku dilanda migraine @ sakit kepala melampau sampai muntah. Yang aku notice, pas bersalin ni menjadi-jadi sakit kepala sampai lah jadi tahap migraine. Emm kenapa jadi camtu yek?? Aku redha je lah.

Camana nak ubat migraine yer? Kalau korang tau sudi-sudilah share ngan aku.
Google