Friday, January 30, 2009

Pergi bercuti tapi tak jadi...

Sedih tak baca entry aku...huaaa...last week punya story
Aku dah schedule aktiviti untuk cuti CNY yang lepas okey...schedule perginya...

Actual plan

Sabtu adalah duduk di rumah sajok...kasik settled semua kerja rumah dan yang seangkatan dengan nya like basuh baju, lipat baju, kemas rumah segala lah...coz cuti panjang kau...nak gi jalan neh.

Sunday and Monday lepak-lepak kat Melaka sempena ambik mood raya cina.

Tuesday duduk rumah.
Setiba nya hari Ahad...plan mahu pergi ke A Famosa Resort, Melaka. Ini gara-gara tengok Trek Selebriti Amyza&Khairil la ni...terpengaruh nak pergi A Famosa...yelah korang kutuk la aku memang tak pernah sampai sana pon. Sekali tengok...best jugak tempat ni. Paling best ada zoo. I like pergi zoo...kata mesra alam kan..

Pagi-pagi cargas bangun siap-siap gerak cepat takut lambat kang banyak activiti yang tinggal kat A Famosa tu. Abah kata semua aktiviti dia ada time sendiri, so kau kena ikut jadual yang sedia ada. Kira cam lambat tinggal la...datang lain kali plak tengok. Tak best tak best

Sekali berdesup ngan kereta baru...wah 1st time bawak kereta baru jalan jauh...hehhe...sekali lepas je tol Sungai Besi...perghhhh jalan jammmmmmmmm...sabar-sabar...mood nak pergi A Famosa masih membara so kitorang teruskan perjalanan.

Bila dah sampai Nilai masih jamm hati sudah panas...aku cam dah nak meroyan lam keter. Aleef pulak ngamuk2 boring. Maka semua orang dah tension terus pusing stereng masuk simpang keluar gi Sepang. Ohh sib baik ada simpang. Kalau tak sampai Seremban cam tu. Cuba kau bayangkan. Aku dah kena time pergi Umbai, Melaka dulu...camni arr sebijik so this time mak tak larat okey. Harus aku sampai Melaka segala show dah abis. Rugi rugi.



At last patah balik sampai KL. Tukar plan pergi Desa Water Park je coz segala barang mandian aku bawak siap dengan pelampung Aleef skali. Tak kisah arr demi mengubat hatiku yang sedih ni...Sampai sana dalam kul 1.00 pm sib baik orang tak ramai. Semua pon balik kampung agaknya. Bayar tiket untuk dewasa sahaja RM20 seorang dan mandi la aku sampai lebam.




Muka gembira nak masuk pool
Aleef kemain suka lagi. Sikit-sikit amik air sembahyang lam pool tu...ohh sangat beriman anak aku tu...kejap amin kejap amin...heheh



Mandi mandi...lapar..makan sambung mandi sampai la petang. Kul 4.00 pm aku dah kepenatan so mari lah pulang. Balik ke BBS dan malam nya pulang ke BTP untuk aktiviti melepak bersama keluarga.

No comments:

Post a Comment

Google