Wednesday, May 27, 2009

The Monsters & Dinosaurs LIVE in KL

Oh sekian yer, entry ni sangat lemb...pameran dah lama habis aku baru terhegeh-hegeh nak cerita. Standard la apabila roh malas dah masuk...berbulan-bulan pon mood nak update tak mari.

Kau dah pergi? Aku dah *muka berlagak*.

Bertempat di Mid Valley Megamall from 18th April sampai 17th May 2009. Tiket masuk ialah RM12.00 untuk dewasa dan RM8.00 untuk kanak-kanak. Tapi takat baya anak aku tu kira FREE yer.

Tengok Iklan cam bagus sangat yer anak-anak. Maka semangat kami sekeluarga untuk pergi adalah berkobar-kobar.


Setibanya aku di sana, orang adalah sedikit. Sangat lengang. Tapi semua nya adalah indah khabar dari rupa sahaja. Hatiku sangat kecewa dengan apa yang aku lihat. Oh beginikah rupanya. Emm okey aku redha. Aku cuba untuk menjadi manusia yang bersyukur. Sekurang-kurangnya aku dah masuk tengok dinosaur walaupun cam tut…..

Mula-mula entrance ko akan nampak semua gergasi. Semut, labah-labah, belalang, beberapa ekor dinasour yang mana memang aku tak tahu nak tulis nama pelik mereka itu. Yang aku kenal ialah TRex sahaja. Tarantula dan adalah beberapa permainan ala-ala sains dan pameran rama-rama, insects, robot dll.

Mr. Trex

Seingat aku, adalah 50 kali ganda kuasa kuda hebat nya Taman Dinasour di Genting Highlands daripada pameran di situ.


Permainan robot
Aleef tak habis-habis dok main benda alah ni...
Takpelah nok. Kau nak tengok hebat-hebat sangat pon sila sedar diri yer. Bayar pon Cuma RM12.00 jadi berbaloi la. Yang hebat tu kena bayar paling koman pon berpuluh jugak.

Apa pun, Aleef dah tengok dinasour. Tapi dia langsung tak heran dengan dinasour tu. Takut pon tidak. Sabau je la. Dan aku buat muka bosan dalam tu. Hehehe

No comments:

Post a Comment

Google