Thursday, May 28, 2009

Round PD, Melaka, Rembau, KL

Hohh kelakar seram okey Ahad lepas. Memang aku round Selatan namanya. Seawal jam 10.30 pagi kami bergerak ke Selatan. Hubby merempit dengan laju dan sekejapan sudah sampai di PD…hehhe

Ada misi Seminar Usahawan di Ilham Resort, Batu 10 Port Dickson anjuran SASSB. Seminar ni start hari Sabtu. Tempat ni cantik. Aman dan damai. Belongs to PNB. Aku pergi je tapi tak join pon. Melepak kat luar je. Tak senonoh kan. Tapi tak baik pulak sampai pun majlis dah nak abis. Alang-alang lambat, jangan tunjuk muka langsung.

Sementara tunggu member lain, plan asal nak makan di Ilham sajok. Malas nak keluar. Sudahnya, member lain kata memasing sakit perut kena food poisoning. Ohh aku tak berani nak try kat situ.

Maka kami pergi terjah saja Restoran Ashraff . Bersebelahan dengan Politeknik PD. Masakan nya adalah kurang. Disebabkan tiada pilihan ku telan jua.

Habis makan, lepak kejap kat apa benda ntah nama tempat tu, tunggu Bob dan lain-lain. Misi seterusnya nak pergi kenduri kawan baik aku, Zana di Melaka.

Kisahnya aku kan memang tak tau jalan kat sana, terpaksa mintak tolong Nizam hantarkan sampai ke Masjid Tanah. Laju nak mampus bawak Toyota Caldina dia tu. Bob ngan Nissan Fairlady nya. Tertinggal aku kat belakang. Sampai terpaksa call dorang cakap “Wey slow la…tau la keter korang laju”…aduyaii sedih mak. Sampai hati mereka mempermainkan perasaan aku. Takpe korang tengok la nanti lepas ni semua aku tinggal...hoh berlagak di situ.

Rupa paras Toyota Caldina & Nissan Fairlady

Setiba di simpang masuk ke tempat kejadian, tinggal aku+hubby+aleef ngan Bob+Ina je. Nizam ngan wife dia dah gerak ke tempat lain ada hal katanya.Sampai rumah pengantin lam kul 3 petang gitu. Biasalah kalau kenduri kat kampung-kampung ni mula awal, habis pon awal la. Aku sampai orang dah tinggal sorang dua je. Sampai terus makan, pastu bergambar sekeping dua dan kami pon membelahkan diri. Cepatkan. Datang dari jauh sudahnya tak sampai satu jam kami di situ.

Misi seterusnya, pergi rumah Bob di Rembau. Rembau adalah kampong ayahku dan sedara-mara jua. Tapi tak singgah pon rumah sesapa. Kemalasan di situ. Tunggu mama jugak kalau nak pergi. Hehehe…Eh tapi, ada tapi. Ayah aku bukan orang Rembau tapi kampong dia saja kat situ. Kau paham taka pa maksud aku? Tak paham sudah. Hahaha….

Sepanjang jalan dari Melaka ke Rembau, Aleef telah termuntah-muntah tanpa henti. Kesian dia. Lembik jadinya. Mungkin tak sedap perut agaknya.

Sampai di rumah Bob, Aleef still muntah lagi dan lagi dan lagi. Habis rumah orang kau. Sib baik dia tak minum susu sebelum tu. Kalau tak maunya bau muntah kat rumah orang. Sib mak dia baik. Baik sangat. Tak sudah-sudah aku kata

“Sorry makcik sorry…saya kotorkan umah makcik”…

“Takpo eh…makcik pon ado cucu yo..biaso la tu…tepi makcik lapkan…”

Hee aku tak tau nak cakap apa, angkat Aleef gi toilet. Mekaseh makcik.

Makcik siap hidang sukun goreng, aku makan…kek sempena hari ibu, aku makan. Ado lagi, makcik siap kasik ubat muntah untuk Aleef dan buah kuini, kawan mangga untuk bawak balik. Ememe saya malu la….

Untuk mengelakkan Aleef terus muntah, kami mahu segera pulang. Dalam kereta, sepanjang jalan dari Rembau ke BBS, Aleef muntah tak henti. Muntah air je. Kesian sangat dia. Lembik sangat-sangat. Semua pon takmau. Kalau tak dia lah hero tak reti duduk diam.

No comments:

Post a Comment

Google