Tuesday, May 5, 2009

Seminar Ilmu Hayat

*Entry aku adalah tiada gambar semuanya. Sila salahkan blogger yer. Tak boleh upload. Jangan salahkan aku. *

Habis main je lebih kurang lam 2.45 gitu, terus zasss ke Wisma Chinese Chamber di Jalan Ampang untuk seminar ilmu hayat.

Yelah seminar itu sangat berguna tau. Untuk menimba ilmu sudah pasti, mengeratkan sillaturrahim dan apa yang penting?? Kerjasama………….

Setiba nya aku seminar sudah berada di hujung tanduk *apakah betul ayat itu??*…dah nak habis…tinggal 3 orang speaker untuk motivasi diri. Haih biasalah aku dengan Aleef kan….bukan seminar dah jadinya. Sibuk mengejar dia ke hulu ke hilir…patutlah kurus mak kau ni Aleef.

Kejap orang ni dukung dia, kejap orang tu dukung dia….melilau aku mencari anak sendiri. Saspen ahkak kejap….

Diikuti dengan lucky draw dan diakhiri dengan jamuan makan. Lebih kurang kul 7 malam selesai semuanya. Tapi aku advance sket, dah la datang lambat…terus gi makan…hehehe tak senonoh tau. Sila jangan tiru.

Aktiviti wajib lepas seminar adalah sesi merehatkan diri atau pon berborak melepak di restoran-restoran yang berdekatan. Sambil sibuk bersalam-salaman ngan member lain tetiba dengar satu announcement dari En.Lobo, katanya “Semua kawan-kawan, hari ini MYH belanja kita semua makan kat Rampai”…woooo semua bersorak tepuk tangan.

MYH?? Suami aku?? Apakah…ooo sungguh kejam En.Lobo itu menuduh hubby aku suh belanja. Kot seploh orang logic jugak…dekat 100 orang ah…iskkk koser tau. Saje nak sabotaj hubby aku. Ngada-ngada.

Ohh gurauan semata. Sebab kisahnya hubby yang ajak dorang makan kat Rampai. Tempat baru la mesti nak cuba. Alah restoran mamak biasa je. We olls memang familiar kat Rampai itu, maklumlah umah mak aku kat situ…hehehe memang every weekend we olls lepak sana.

Itu restoran baru. Tempat pon baru. Rampai Business Park namanya. Memang kedai dia the only one yang bukak buat masa ni. Tapi aku dah nampak banyak kain rentang Restoran Ali Maju la…Said la ntah apa-apa banyak nak bukak. Papparich ado, Island Red CafĂ©…huhhh mesti havoc nanti kat situ.

Tapia pa yang penting?? Servis…kau punya servis memang out!! Makanan pon out!! Yennadeii patutlah takde orang. Habis tu kan…*sesi mengumpat bermula*…aku ni promote la kawan-kawan 369 aku gi lepak sana…bukan kau nak terima kasih. Boleh la bantai nak mengamuk. Maklumlah selalu kedai ada 2 3 ketul je orang. Tetiba penuh,
Terus tak keruan. Orang order nasi lemak ko hantar nasi goreng. Aku yang tak order tetiba muncul meggi goreng…apakah?? hah pening. Pastu bila sapa order semua geleng kan….tuan kedai tu dah mengamuk.

Maka terjadilah aksi sound-sound dan berbalas pantun 4 kerat…aku adalah amat tak suke apabila tuan kedai buat muka. Apa pun yang kami katakan, kau mesti ingat tuan kedai “Customer always right!!”….Memang betul la orang order 1 kau hantar 5 sapa suruh. Main kotor yeh.

Aleef telah ketiduran kepenatan. Yang lain semuanya tengah berborak-borak. Aku yang Cuma order Limau Barli Ais terus menikmati sehingga ke titisan terakhir .Yang ni boleh kasik 5 bintang. Sedap Power!!...

Tepat jam 9.00, aku sudah hilang tenaga. Mau pulang, mandi dan tidur….alangkah bahagia nya…zzzzzzzzzz sekian.

No comments:

Post a Comment

Google