Tuesday, December 15, 2009

Ke Rumah Anak2 Yatim, Jengka

Wah tetiba roh rajin datang pulak. Okey kasik hapdate laju-laju u olls sebelum dia keluar..muahaha

First time in my life follow konvoi yang melertzz begini…knowing me bukan nya suka nak konvoi2 ni…mak malas nyah asyik nak berenti pastu tunggu kejap, tunggu lagi sebab tak cukup korum..ala alahaiiiiiiii


*berkumpul di Petronas Gombak*

This time around saja la suka-suka plus ini adalah Konvoi Amal by Caldina Club 369. Maklumlah mak kan dah ada Caldina haruslah nak bersama-sama mereka. Kesimpulan nya adalah sangat berbaloi-baloi. Eh baru cerita dah pergi kesimpulan nya…sangat la kan. Kalau exam harus markah aku dicaras-caras oleh teacher…hahaha

Mission adalah mahu pergi ke Rumah Penyayang Anak Yatim di Jengka sinun untuk menyampaikan water filter Bio-Aura dari Caldina Club. Semoga dengan sumbangan ini dapatlah anak-anak ini minum air yang bersih dan ditapis berkali-kali. Begitu.


*lokasi tujuan*

Kul 8 pagi okey aku dah tercongok kat Petronas Gombak itu. At that time ramai dah pon yang dah sampai. Tunggu semua pastu tunggu arahan by Mr.President dan gerak. All of us ada 21 biji Caldina GT-Four dan ZT, Nspec pon ado…campur-campur la janji Caldina.

*caldinas*

Mine kereta ke 7 of 21 Caldinas…so gambar yang diambil adalah 6 biji di hadapan sahaja yer…lead by Caldina Banana, Oren, Blue….bla bla…pastu belakang ramai lagi…ater gila ke hapa nak ambil gambar kat belakang. Yang mana ada sunroof tu boleh la keluar-keluar kepala kan amik gambar la video bagai…
*karak highway..hehh*

Sampai rumah anak yatim dalam kul 11 pagi…we olls disambut sangattt meriahh…memang dorang sangat welcome. Rasa terharu sangat. Berucap sepatah dua, ada nyanyian nasyid dari anak-anak itu, penyampaian sumbangan dan makan-makan.

*majlis beramah-mesra*

*nyanyian nasyid oleh anak-anak* sedih bebb

*sumbangan 3 biji water filter*

*sumbangan cek RMXXXX kepada pengetua*

Feeling what, rasa macam one kind tau bila tengok dorang semua, pengetua, penjaga dan anak-anak yatim tu sangat happy bila ada orang sudi melewat mereka…

korang pernah rasa macam tu tak???…rasa macam syahdu je..kesian dorang kan. Bersyukur la dengan apa yang kita ada. Alhamdulillah.

Sekurang-kurangnya kita ada tempat tinggal, ada pekerjaan, kehidupan bersama keluarga masing-masing. Mereka hanya ada pengetua, penjaga dan kawan-kawan sahaja…ya Allah

*gambar kenang-kenangan*

*anak ku sayang*
Kul 2 petang kami dah gerak pon…straight to Bukit Gambang Resort, Kuantan. Tempat baru u olls…cantekk.

Biasalah aktiviti beramai-ramai kan…malas nak taip…yang penting kami adalah sangat enjoy!!! Best sangat…tapi letih sikit arr kan…tapi besttt best best…hah cuba kira berapa kali aku tulis perkataan best tu.

Esoknya, pagi-pagi dah semangat pergi mandi kat Waterpark dia yang ala-ala Sunway Lagoon tu..i tell you what..we olls sampai entry gate pon belum bukak lagi!! Cer imagine betapa excited nya kami…hahaha…lawak tau. Eh tapi orang dah ramaiii ya ampun beratur nak masuk tapi belum bukak.

Bila masuk je kan terus tak excited coz orang adalah tak kuasa…rimass ar ramai sangat. Yelahkan cuti sekolah kata. Tempat baru pulak tu…tapi ada benda yang tak puas hati pasal system dorang…ahh lupa kanlah…siket2 nak complain…hehhe.

Ok dah habis…pas mandi check out dan vromm balik KL
Di akhiri dengan gambar salad ni. Takde kena mengena. Ending yang ntah terhapa. Maafkan dakuu





Wednesday, December 9, 2009

09/12 Happy Birthday MYH my hubby

Hari ni kan...birthday my dearest hubby.

So abang,


HAPPY BIRTHDAY TO YOU !!

HAPPY BIRTHDAY TO YOU !!

HAPPY BIRTHDAY TO ABANGGG !!

HAPPY BIRTHDAY TO YOU !!!


Semoga abang panjang umur

Dimurahkan rezeki

dan yang penting

Dikurniakan kesihatan yang baik hendaknya

Semoga impian abang utk 2010 tercapai

*doa-doa*

Aminnn...


Sayang abang banyak2...forever muah muah


nak jugak letak gambar tapi cam tak ikhlas je...hahaha...



Tuesday, December 1, 2009

Rahsia Tarikh Lahir wif Dr.Azizan Osman

Dunno, aku suka baca ceramah dia. Dia ni muda belia lagi. Hubby pernah join seminar dia pasal RAHSIA TARIKH LAHIR kat PWTC hari tu...dan memang best u ollss....aku tak pergi pon. Over je lebih. ..haha..

Itupon hubby balik rumah cerita kat aku kan. Knowing me biasalah, time hubby cerita aku dengar semua best. Apa kena ntah...hahah

OMG, still membebel yer. Tak mula lagi... :-)

Katanya,

Untuk menjadi kaya dan berjaya, bahagia dan gembira *banyak tu* adalah satu pilihan. Untuk membuat pilihan, anda perlu ada keputusan. Get it?

Untuk membuat keputusan, kita perlu pilih "ATTITUDE'' atau sikap yang betul. Kadang2 kita sendiri tak perasan. Sikap yang betul iaitu anda mahu mengorak langkah untuk berjaya atau tidak, jika ya, kita perlu ILMU, MENTOR dan SISTEM. Jika tidak, kehidupan kita akan 'biasa-biasa' sahaja.

Kos sara hidup tetap akan meningkat, kau suka atau tidak kena terima kan. Apatah lagi dengan krisis ekonomi, pemanasan suhu dunia yang memberi tekanan serta situasi lain di sana sini. Yerr tetiba cerita pasal pemanasan global lak aku ni...heheh. Tapi apa yang penting, bertindak sekarang!!!

Masalahnya kan u olls, yer aku dah tak kuasa nak taip satu-satu..hahaha. Jadi aku taip ikut tekak sendiri je lah janji korang baca paham sudehhh.

Masalahnya, kalau kita sendiri tak bergerak untuk up kan kebolehan dan ilmu untuk meningkatkan taraf hidup...kita akan tersepit di tempat yang amat sempit. Jangan gunakan 'fast-track' untuk keluar dari kesempitan, silap langkah nanti terikut-ikut dan kena tipu. Kesiannn.

So, mari fokus kepada memperbaiki diri kita dengan ilmu. Supaya kita boleh get ready untuk 10 tahun akan datang. Cer korang imagine 10 tahun akan datang apa korang buat. Ohh aku baru 35 tahun at that time.

Korang imagine...lenkali aku sambung yer. Malass nak taip...huhu sorry

Baca dan tulis semula. Sgt rajin bukan?

Kisahnya, ada baca satu artikel kat paper hari Ahad lepas. Tapi gigih aku simpan kau nak tulis gak kat sini. Eh bukan, nak taip.Yelah aku baca pastu aku taip balik. Rajin kan...hahaha

Ohh saya masih lagi mahu berblogging dan masih rajin membaca blog2 dan dot com dot com lain cuma kadang baca je, kadang rajin terlebih tinggal komen ntah hapa-hapa. Wat ever kan.

Walaupon bila bukak bloggers2 hebat ramai yang dah slow update, apatah lagi aku kan yang memang femalas kedaung ni..laaaaaaagi la. Entry pon mengarut je. Konsep janji ado. Ada orang baca ke takde ke, ada aku kisah. Hehehe. Syok sendiri la pulak weiii

Okey2 melalut ke laut sudah..sambung, aku baca mengenai "KENAPA TIDAK KAYA DAN KAYA LAGI". Okey firstly ko kena paham dulu baik-baik, artikel ni bukan untuk perkerja2 yang makan gaji yer. Makan gaji boleh je kaya janji ko kena rajin saving, jangan buat hutang, tunggu company bagi bonus ke arrears kalao ada dan saving lagik...camtu lah...hehe. Takpon ko buat part time cam haku ni ha...ehh?? hahah

Tapi aku sekarang namo kaya...aku mahu hidup senang hokay. Kaya later-later yer. Ohh verangan lagi. Hahaha...dan

Aku tak start pon lagi. Masih membebel...hahahaadoii.

Next Entry la weh

Thursday, November 26, 2009

Salam Aidiladha

Esok kan semua umat Islam akan menyambut Hari Raya Korban.

Wah best kan esok hari yang mulia, hari Jumaat plus dengan Hari Raya Aidiladha...berlipat ganda la u olls...

Esok petang maybe...maybe balik Pekan kot. Insyaallah. Takda aral kalu memang nak balik kampung pon coz raya puasa hari tu we olls tak balik pung. Meyampai pulak ke raya haji pon tak balik memang melampau nau.

Hopefully hari ni office aku bagi staff-staff nya yang rajin hamat ni balik awal. Kul 3 pon ok nyah. Kitorang rela...hahaha

Walaupun raya haji, aku tetap nak bermaaf-maafan. Semoga hidup kita menjadi lebih aman dan bahagia. I'm sorry semua kot ada tersalah silap semasa ber blogging ni. Walaupun cara penulisan tidak ke arah sapa-sapa, who knows kot ada plak yang tersentap terhiris bagai. Sorry k.

Bersihkan hati
Hiasi peribadi
jauhkan kontroversi
Tingkatkan prestasi

SELAMAT HARI RAYA HAJI
SELAMAT HARI RAYA KORBAN
SALAM AIDILADHA

Tak sabar nak makan rendang!!!

Ohh malas tul nak update blog weyyy...why la whyyy



Friday, November 20, 2009

Selamat berhujung minggu u olls

Ok ok dah petang nak balik dah pon.

Mon to Thursday aku of course the earlier yang keluar sharp on the dot 5.45 sign out. Tak tunggu walau semenet pon...hahha

Only Friday aku still berlengah-lengah coz hubby balik 5.30. Aku Friday balik awal satu jam. So kira sendiri kul berapa tu... :-) hahah

Ohh harini officemates aku pakat ramai-ramai nak berjimba kat Pavilion. Alahaiii sekentut dah sampai. Dopan mato ni haaa...lintas jalan yang sangat scary tu je. Cuba tak toleh sesaat confirm ko kena langgor...hahah. Hati-hati u ollsss

Ok melalut sudah...deme gi sana nak tengok 2012. Me as usual kan anti social...hahaha pitam ko sejak bila jadik anti social nehhh!!! Tak la aku kan ada aktiviti gelap aku. Korang mana tawu kan. Mana leh cerita...rahsia u olls rahsiaaa

Countdown kul 5.00 aku gerak la. Awal-awal pon nak wat apa kan.

Bonci den nak naik monorel tu huh padat ya ampunnn...hari-hari aku kena tolak, kena rempuh, kena penyek wat ever yang seangkatan...dah rasa macam rugby player pon ado. uuuuuuuuu plus bau busk hangit..yarrkkk. Tak sokkkaaa tak soka

Ok lah selamat berhujung minggu. Biasalah weekend aktiviti wajib bawak Aleef jalan-jalan. Kalo tak nanti dia hamuk kang sapa nak jawab. Sian dia kan hari-hari kena tinggal kat baby sitter.

Malam kang kalau dan nak tengok Nur Kasih. Tapi macam dah melarat-larat pon ado. Dengan Nur yang kesian, Sara yang jahat nak mampos, Aliya yang blurr dan lurus, Aidil yang anak omak what ever la.

Ok dah time...bye byeee

Tuesday, November 10, 2009

Minggu ni besttt u ollsss

Best la kan...sebab sebab sebab

bos aku cuti laaa

hahaha....

eh mesti lah suka kan coz aku ni duduk betul-ngadap muka dia okey
memang bertentang 4 mata la weii

rasa bersalah je sepanjang masa kan sebab dia pandang aku cam aku ni tengah wat salah
padahal tengah wat keje kan
kadang-kadang tengah online...

alaaa alaa haii takpe lah kan release tension apa
baca blog kawan-kawan, layan FB

buruk perangai u ollss
jangan tiru okey jangan..hahaha

Aku punya nak cover kan memang tak hengat
siap pusing monitor sampai dah ngadap partition tau
Itu pon kan kak nam bedah ni asal lalu sibuk la terjenguk intai apa aku tengah buat

sibuk la weii...sukatik la nak bukak internet ke hape kan
aku pakai broadband la...bukan pakai company access laa
paanngg karang

okey okey tengah good mood ni
daaaa
Google