Thursday, August 28, 2008

Makan-makan lagi

Korang, kan aku dah kata department aku ni suka
benor buat makan-makan. Bagus jugak sangat seswai
dengan jiwa raga aku yang kuat makan ni...

Semalam ada makan-makan sempena banyak perkara.
1. Celebrate birthday untuk staff-staff PLD yang
lahir pada bulan Julai, Ogos dan September.
"Happy Birthday korang...
semoga panjang umur "

2. Sempena menyambut puasa pada minggu depan

3. dan sempena group tealady dapat arrears hari tu...
jadi tong-tong ramai wat makan-makan

Ada macam-macam rupa. Ayam masak pedas, daging hitam,
gulai nenas ikan masin, sambal belacan dan ulam-ulaman,
langsat, banana,kuih yang pelbagai...
dan yang tak pernah tinggal kek Secret Resepi..
huhh kenyang melampau


Taaraaaa.!!!!!

Tapi part yang paling best, dah habis makan baru teringat nak ambil gambar.
Boleyy?? Apa cer?? Maklumlah kelaparan tahap gaban semalam kan, habis
sepinggan baru ingat..hohoh..Jadi ini aje picies yang tinggal..heheh



Kek untuk aku...yummy


Kek Tiramisu yang tak buleh blaa...
Nak makan kek ni??..emm very not me


Classic cheese yang meletopp...sedapp

Dah habis makan kan, tak reti-reti nak kemas!! Walau pakai catering,
apa ko ingat dorang nak kemas kan..huhhh pemalas okey.
Tapi ada akaks-akaks yang memang rajin you, kalau kemas je muka
meraka...aku syak dorang mesti menantu pilihan...heheh..ohh aku
sekadar tempelan di situ..hehe


Licin licau yerr...isk isk isk


Menapau lauk yang tak habis untuk masa
hadapan..huhu :-)

 Kak Yati, Kak Ani yang merangkap
besday girl..Girl?? Apakah??
and Kak Nora...memang rajin tau

No comments:

Post a Comment

Google